Kajian rintis tahap kompetensi kemahiran guru terhadap penggunaan bahan berasaskan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas KAFA menengah Negeri Selangor

Authors:

Abstract
Kegagalan kompetensi guru terjadi apabila seorang guru tidak memiliki atau tidak mampu untuk mengimplementasikan kompetensi yang diperlukan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan afektif. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi, dalam dunia Pendidikan, kompetensi mencakup tiga aspek utama iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Aspek ini sebagai penentu bagi memastikan guru dapat menguasai penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi kemahiran guru terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi di kelas KAFA menengah (KKM) Negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar bidang. Kajian rintis mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha α = 0.97. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang guru Kelas KAFA Menengah di Selangor yang telah dipilih daripada 3 buah sekolah menengah di daerah Selangor. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran guru adalah tinggi (min =3.90, SP =0.71). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru KKM perlu meningkatkan kompetensi guru dan menciptakan metod pembelajaran yang menarik dan relevan dengan keperluan pelajar.

This publication has 14 references indexed in Scilit: