PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU
Authors:
Open Access
- 19 October 2016
- journal article
- Published by Universitas Muhammadiyah Sidoarjo in Proceedings of The ICECRS
- Vol. 1 (1)
Abstract
Iklim organisasi dan kepuasan kerja guru memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Ianya juga untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim organisasi sekolah berkenaan berdasarkan pandangan guru dengan kepuasan kerja guru. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima mata. Instrumen Organizational Climate Description Questionnaire (OCDQ-RS) yang telah dibangunkan oleh Hoy et al. (1968) digunakan untuk mengukur iklim organisasi. Manakala instrumen Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Sampel kajian terdiri daripada 252 orang guru dari 9 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berstrata. Data yang diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T, ANOVA Sehala, Pekali Korelasi Pearson dan Regresi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan iklim organisasi mengikut kategori sekolah, tetapi menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Berdasarkan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap iklim organisasi mengikut kategori umur. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut jantina. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap kepuasan kerja guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan kepada sekolah, guru-guru dan pengkaji pada masa akan datang boleh dibuat bagi mempertingkatkan lagi tahap iklim organisasi dan juga kepuasan kerja guru di sekolah.Keywords
Funding Information
- Universiti Utara Malaysia
This publication has 14 references indexed in Scilit:
- Relationship between spiritual intelligence and job satisfaction among female high school teachersEducational Research and Reviews, 2015
- The Effects of a Time Management Professional Development Seminar on Stress and Job Satisfaction of Beginning Agriscience Teachers in West TexasJournal of Agricultural Education, 2013
- The impact of organizational climate on teachers’ job performanceEducational Research eJournal, 2013
- Facet-Specific Job Satisfaction and Experience of Elementary School Head Teachers in PakistanInternational Journal of Developing Societies, 2012
- School climate and social–emotional learning: Predicting teacher stress, job satisfaction, and teaching efficacy.Journal of Educational Psychology, 2012
- Leadership Styles and Organizational Climate as Determinants of Job Involvement and Job Satisfaction of Workers in Tertiary InstitutionsBusiness and Management Research, 2012
- Impact Of Organizational Climate On Performance Of College Teachers In PunjabJournal of College Teaching & Learning (TLC), 2010
- Levels of Job Satisfaction amongst Malaysian Academic StaffAsian Social Science, 2009
- Development and Factor Analysis of the Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ)Educational and Psychological Measurement, 1987
- A theory of human motivation.Psychological Review, 1943