Makna Penutur Bagi Ujaran Tak Langsung dalam Skrip Drama Bahasa Melayu (Speaker Meaning of Indirect Utterances in Malay Language Drama Scripts)
Open Access
- 30 June 2018
- journal article
- research article
- Published by Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) in Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication
- Vol. 34 (2) , 243-262
Abstract
Ujaran yang terdapat dalam skrip drama Bahasa Melayu seringkali sukar untuk difahami maknanya secara jelas dan tepat. Pembaca dan pendengar berusaha untuk memahami keseluruhan ujaran yang terdapat dalam skrip drama, terutamanya ujaran yang mempunyai makna implisit, adakalanya usaha mereka tersebut gagal kerana tidak mengetahui kaedah yang betul bagi menginterpretasi makna penutur yang terdapat pada ujaran-ujaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti potensi makna dan menjelaskan makna penutur bagi ujaran-ujaran yang mempunyai makna implisit dalam skrip drama. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik. Data kajian merupakan enam ujaran terpilih yang terdapat dalam skrip drama hasil tulisan Uswan Awang, iaitu Bulan Tetap Bersinar dan Serunai Malam, juga skrip drama hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin, iaitu Bujur Lalu Melintang Patah, Atap Genting Atap Rumbia dan Jalan yang Benar. Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti setiap ujaran yang terpilih. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat potensi makna bagi makna penutur dalam ujaran yang terpilih. Potensi makna tersebut dapat dikenal pasti dan ditafsir berpandukan konteks fizika dan persekitaran, konteks sosial dan budaya, konteks linguistik, dan niat penutur. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada peminat drama Melayu untuk menginterpretasi makna bagi ujaran-ujaran yang bersifat implisit yang terdapat dalam drama berpandukan prinsip pragmatik. Kata kunci: makna ujaran; potensi makna; pragmatik; konteks; niat penuturKeywords
This publication has 1 reference indexed in Scilit: