Proses Nasalisasi dalam Awalan Kata Kerja Bahasa Iban
Open Access
- 14 July 2025
- journal article
- Published by UiTM Press, Universiti Teknologi MARA in INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN LANGUAGES AND APPLIED LINGUISTICS
- Vol. 8 (1)
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk mengkaji salah satu proses pengimbuhan kata kerja dalam bahasa Iban iaitu proses nasal- isasi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk deskriptif tentang proses morfologi bahasa Iban dengan memfokuskan kepada kata kerja bahasa Iban yang menerima awalan nasal. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif yang diketengahkan, iaitu mengenalpasti awalan nasal kata kerja dalam bahasa Iban dan menghuraikan proses nasali- sasi dalam pembentukan kata kerja terbitan. Pengkaji menggunakan data korpus yang didapati dalam buku Tiga Ense- ra (The Tun Jugah Foundation, 2009). Buku ini mengandungi tiga teks cerita kaum Iban iaitu yakni Indai Jubang (Sang Lamat, 2003), Kumang Bunsu Ikan Buing (Muda Sandin, 2004) dan Kumang Nyera (Mathew Banyin Nyaru, 2003). Pengumpulan data dilakukan dengan mencatat dan menyenaraikan kata kerja yang dikesan dihadiri oleh awalan nasal sebelum fonem pertama kata kerja tersebut. Seterusnya, data dianalisis dengan berpandukan pendekatan struktural dalam model kajian Omar dan Sandai (2012) bagi mencapai kedua-dua objektif kajian. Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, terdapat lima bentuk awalan nasal iaitu /m-/, /n-/, /ny-/, /ng-/ dan /nge-/ ditemukan dalam kata kerja terbitan bahasa ini. Dapatan kajian juga mengesan bahawa proses nasalisasi ini melibatkan dua proses iaitu penggantian dan penambahan morfem untuk menerbitkan kata kerja berimbuhan.Keywords
This publication has 4 references indexed in Scilit:
- Iban as a koine language in SarawakWacana, Journal of the Humanities of Indonesia, 2021
- Perbandingan Kata Kerja Berimbuhan meN- Bahasa Melayu dan Padanannya dalam Bahasa CinaJurnal Bahasa, 2020
- Proses Dan Fungsi Pengimbuhan Awalan Kata Kerja Terbitan Bahasa Kadazandusun: Fokus, Masa, Aspek, Ragam (FMAR)Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2017
- Faktor Campur Kod Dalam Kalangan Masyarakat Iban Di SarawakPendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2017