Home Range and Macrohabitat Usage of the Important Rodent Reservoirs of Leptospira in Selangor, Malaysia

Authors:

Abstract
Tikus adalah pembawa utama penyakit leptospirosis. Kawasan keliaran dan penggunaan habitat adalah sebahagian daripada kajian ekologi yang kurang dieksplorasi dalam ekologi penyakit. Dalam kajian ini, Rattus norvegicus (RN), Rattus rattus complex (RR), dan Sundamys muelleri (SM) dipilih disebabkan prevalen tinggi mereka dengan Leptospira patogenik. Tiga pasang dari setiap spesies dijejaki dari kawasan bandar, pinggiran bandar, dan hutan. Tikus-tikus ini dipasangkan dengan kolar-radio pemancar dan dijejaki dengan penerima telemetri mudah alih yang terdiri daripada antena Yagi 3-elemen dan dikesan menggunakan kaedah triangulasi atas tanah yang standard. Kawasan keliaran dan kawasan teras adalah lebih besar untuk spesies hutan (SM) berbanding dengan spesies bandar (RN dan RR). Kawasan merayau dan bersarang RN adalah terhad di dalam rumah dan sistem pembentungan, hampir sama dengan RR yang merayau di luar rumah tetapi bersarang di dalam rumah. SM menunjukkan kawasan merayau yang lebih luas di hutan, tetapi kadang-kadang melawat tapak pelupusan sampah. Sumber makanan, terutamanya dari sisa-sisa makanan dan tapak pelupusan sampah, didapati menjadi faktor utama dalam keupayaan spesies ini untuk terus hidup. Maklumat mengenai ekologi pergerakan tikus boleh memberikan data yang tepat dan bernilai mengenai kawalan populasi, iaitu dengan menumpukan kepada kawasan-kawasan tertentu yang didiami oleh tikus.

This publication has 57 references indexed in Scilit: