Public Development Sustainability Values: A Case Study in Sepang Malaysia

Authors:

Abstract
The concept of sustainable development has been implemented in Malaysia for more than a decade. Nevertheless, the issues of unsustainability still persist, raising questions about whether or not the values held by local populations pertaining to development processes are compatible with sustainable development values. This study was conducted in Sepang, Selangor to explore the values of public in the development process by using qualitative approach. The data was gathered from in-depth interviews and focus group discussions with the participants recruited through purposive sampling. Fourty participants have participated in this study. The transcript was analysed using thematic analysis to identify the theme values and the values categories. This study has identified four themes and twelve categories of public values in development. The themes were freedom, security, environment and development. The sustainability characteristics of every theme and category were explored by comparing them to existing established sustainable development values. It was evident that every theme and category of values displays sustainability characteristics despite public limited knowledge about sustainable development concepts. These findings therefore concluded that in principle, the unsustainability issues in this area did not result from the incompatibility of public development values with those of sustainable development. The implication of these findings is that the value systems of local people are already in harmony with the concept of sustainable development and could be effectively integrated into the local sustainable development framework. Keywords: Values; sustainable development; local; engagement; empowerment Abstrak Konsep pembangunan lestari telah diterima dan digunapakai dalam kerangka pembangunan di Malaysia selama lebih sedekad. Walaupun mempraktiskan konsep pembangunan lestari, Malaysia masih menunjukkan ketidaklestarian dalam pelbagai aspek. Ini menimbulkan persoalan tentang keselarian di antara nilai pembangunan masyarakat dan nilai pembangunan lestari. Kajian ini telah dijalankan di Sepang, Selangor untuk meneroka nilai pembangunan masyarakat tempatan serta menilai ciri kelestarian setiap nilai yang ditemui. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada temubual mendalam dengan peserta kajian yang dipilih menerusi persampelan bertujuan. Transkrip dianalisa secara analisa tema iaitu dengan mengenalpasti kategori-kategori nilai yang membentuk tema-tema nilai. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat tema dan dua belas kategori nilai pembangunan masyarakat. Tema tersebut adalah kebebasan, keselamatan, alam sekitar dan pembangunan. Ciri kelestarian setiap tema dan kategori nilai diperolehi secara perbandingan dengan nilai pembangunan lestari yang telah termaktub. Kajian ini mendapati bahawa setiap tema dan kategori nilai pembangunan masyarakat menonjolkan ciri kelestarian walaupun pengetahuan masyarakat tentang konsep pembangunan lestari amat terhad. Secara prinsipnya kajian ini merumuskan bahawa isu ketidaklestarian yang berlaku bukan berpunca dari ketidakselarian di antara nilai masyarakat dan nilai pembangunan lestari. Penemuan kajian telah memberi implikasi berikut iaitu nilai pembangunan masyarakat tempatan adalah selari dengan nilai pembangunan lestari dan boleh diintegrasikan ke dalam kerangka pembangunan lestari tempatan bagi melahirkan suatu kerangka pembangunan lestari yang bersifat sepunya. Kata kunci: Nilai; pembangunan lestari; tempatan; keterlibatan; perkongsian tanggungjawab