Penelitian Semula Terhadap Konsep Sastera Kanak-Kanak Islami
Open Access
- 1 December 2021
- journal article
- Published by Universiti Sains Islam Malaysia in Ulum Islamiyyah
- Vol. 33 (3) , 151-173
Abstract
Children are the ones who need to be exposed to useful reading materials. An abundance of children books in the market calls for an evaluation of its content to ensure that children read appropriate reading materials. For Muslim children, their reading materials should be in line with Islamic teachings and all elements that are contrary to Islam should be avoided. Based on this issue, the paper will explain the need for a review of the concept of Islamic Children’s Literature. This study refers to highlight the importance of the concept so that literary books for Muslim children can help them understand Islam. This study was conducted by using a content analysis approach involving the views of several scholars on Islamic Children’s Literature. The results of this study consist of several points of view which are the need of correcting misunderstandings about Islamic Children’s Literature and intensifying the discourse on the concept in Malaysia. In addition, efforts to examine the content of literary reading materials for children should always be done to ensure its accuracy with the Islamic worldview. Besides, the empowerment of al-sirah al-nabawiyah as the main literary texts for Muslim children should be given a priority. Abstrak Kanak-kanak merupakan golongan yang perlu didedahkan dengan bahan bacaan bermanfaat. Lambakan bahan bacaan kanak-kanak dalam pasaran menuntut penilaian terhadap kandungannya bagi memastikan mereka membaca karya yang bersesuaian. Bagi kanak-kanak Muslim pula, bahan bacaan perlu selari dengan ajaran Islam dan semua unsur yang bertentangan dengan Islam perlu dielakkan. Berdasarkan hal ini, makalah akan menjelaskan keperluan penelitian semula terhadap konsep Sastera Kanak-Kanak Islami. Penelitian ini merujuk kepada usaha untuk menyerlahkan kepentingan konsep tersebut agar sastera untuk kanak-kanak Muslim dapat membantu mereka memahami Islam. Kajian ini dilakukan menggunakan pendekatan analisis kandungan melibatkan pandangan-pandangan yang diutarakan oleh para sarjana berkaitan dengan Sastera Kanak-Kanak Islami. Hasil daripada perbincangan dalam makalah ini menggariskan beberapa perkara yang perlu diusahakan untuk memperkasakan Sastera Kanak-Kanak Islami seperti memperbetulkan salah faham tentang konsep yang dibincangkan dan mempergiatkan wacana mengenainya di Malaysia. Selain itu, usaha meneliti kandungan karya untuk kanak-kanak perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan ketepatannya dengan tasawur Islam. Pemerkasaan terhadap al-sirah al-nabawiyah sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak Muslim juga perlu diberi keutamaan.Keywords
This publication has 1 reference indexed in Scilit:
- Pemikiran Sastera Islam dalam Perkembangan Sastera Arab ModenJurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 2015