Status Sosioekonomi Orang Asli: Satu Kajian Kes
Open Access
- 31 August 2024
- journal article
- Published by Secholian Publication in Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
- Vol. 9 (8) , e002957
Abstract
Masyarakat Orang Asli adalah kelompok yang terpinggir dan menghadapi kemiskinan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global. Di Malaysia, masyarakat Orang Asli secara umumnya hidup di bawah garis kemiskinan dan tergolong dalam kumpulan bawah 40 peratus (B40). Sejak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli untuk mengeluarkan masyarakat ini daripada kepompong kemiskinan mereka agar dapat bersaing dengan kaum lain. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan status sosioekonomi masyarakat Orang Asli di Pos A dan Pos B, Gua Musang, Kelantan serta faktor-faktor yang menyebabkan keadaan sosioekonomi mereka. Kajian ini dilaksanakan dengan pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah banci dan borang soal selidik, dan disokong dengan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual. Seramai 234 orang responden dan enam orang informan utama telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Orang Asli di Pos A dan Pos B berada dalam golongan B1 B40 dan majoriti mereka berada masih di tahap miskin dan miskin tegar. Status sosioekonomi ini di sumbang oleh faktor pekerjaan yang tidak stabil dan terhad, tahap pendidikan yang rendah serta faktor usia dan kesihatan. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan sokongan kepada pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh dan memperkasakan masyarakat Orang Asli.Keywords
This publication has 7 references indexed in Scilit:
- Persepsi Ibu Papa Orang Asli Terhadap Pengalaman Pendidikan Anak-anak Orang Asli di SekolahMalaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 2021
- Natural Resources Dependency: Are Indigenous Communities Ready to Switch to New Career?Studies of Applied Economics, 2021
- An explanatory analysis of economic and health inequality changes among Mexican indigenous people, 2000-2010International Journal for Equity in Health, 2014
- Socioeconomic Status, Family Processes,and Individual DevelopmentJournal of Marriage and Family, 2010
- The Social Psychological Costs of Racial Segmentation in the Workplace: A Study of African Americans' Well-BeingJournal of Health and Social Behavior, 2003
- Socioeconomic Status and Child DevelopmentAnnual Review of Psychology, 2002
- Measuring Social Class in US Public Health Research: Concepts, Methodologies, and GuidelinesAnnual Review of Public Health, 1997