Hubungan Antarabangsa antara Malaysia dan China Melalui Pendidikan: Cabaran dan Usaha Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Open Access
- 11 October 2024
- journal article
- Published by Universiti Pendidikan Sultan Idris in Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature
- Vol. 15 (2) , 79-95
Abstract
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi sejak tahun 1974. Dalam bidang pendidikan, Pengajian Bahasa Melayu mula bertapak di negara China pada tahun 1961. Hingga kini, terdapat 17 buah institusi pengajian tinggi di seluruh China telah menawarkan program Pengajian Melayu. Kajian ini mengenal pasti cabaran yang wujud dalam proses pengantarabangsaan bahasa Melayu dan meneliti usaha yang dilakukan untuk mengembangkan bahasa Melayu di China. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data, iaitu catatan lapangan, dan temu bual. Kajian yang bersifat kualitatif deskriptif ini melibatkan 10 orang tenaga pengajar, 50 orang pelajar dari beberapa universiti di China, dan Pengerusi Sekretariat Penggerak Pengajian Melayu China sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai cabaran dalam proses perkembangan bahasa Melayu di China, iaitu kurikulum yang tidak seragam, kekurangan bahan pengajaran yang sesuai, tiada aplikasi mudah alih, perbezaan tahap penguasaan pelajar, dan kurangnya motivasi dalam kalangan pelajar. Dapatan juga menunjukkan pelbagai usaha telah dilakukan dalam usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di China. Isu yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar ini dapat diketengahkan selain mencadangkan penambahbaikan demi masa hadapan bahasa Melayu di negara China. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi input dan maklumat kepada kementerian berkaitan di China dan Malaysia, DBP dan tenaga pengajar. Perkembangan bahasa Melayu di China benar-benar memberi kesan terhadap hubungan diplomasi Malaysia dan China.Keywords
This publication has 1 reference indexed in Scilit:
- Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing di ThailandPendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2019