Analisis Perbandingan Fenomena Gempa Bumi daripada Perspektif Islam
Open Access
- 1 December 2022
- journal article
- research article
- Published by Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) in Islamiyyat
- Vol. 44 (1) , 13-25
Abstract
Kejadian gempa bumi sering dilihat sebagai sesuatu kejadian yang negatif kerana kejadian ini mengancam kesejahteraan manusia dan hidupan lain di muka bumi ini. Walaupun fenomena ini telah lama dijelaskan secara saintifik, namun, masyarakat masih lagi mengaitkan peranan Tuhan dengan kejadian ini. Kajian gempa bumi memerlukan perbincangan daripada dua sudut, iaitu dari sudut fizikal iaitu kaedah saintifik dan sudut metafizik, iaitu perspektif agama agar fenomena ini dapat dilihat dengan secara lebih holisik. Kajian gempa bumi daripada perspektif geologi merangkumi aspek punca kejadian, kawasan yang dilanda gempa bumi dan kesan kejadian gempa bumi. Manakala, agama melihat kejadian ini daripada perspektif kekuasaan Tuhan (supreme being) yang menentukan segala-galanya. Kajian ini bertujuan mengetengahkan analisis perbandingan gempa bumi daripada perspektif Islam dan Kristian. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif berdasarkan analisis kandungan teks yang diolah secara perbandingan dengan merujuk al-Quran, tafsir al-Quran, Alkitab (Bible), tafsiran Alkitab (biblical exegesis), serta menganalisis sumber-sumber sekunder berkaitan gempa bumi dalam agama Islam, Kristian dan geologi. Sungguhpun fenomena gempa bumi telah banyak dibincangkan dalam kedua-dua agama, namun kajian secara perbandingan dengan penelitian yang lebih mendalam dalam pelbagai aspek masih kurang diberi perhatian oleh para penyelidik. Oleh itu, analisis perbandingan antara Islam dan Kristian dalam penulisan ini menjelaskan persamaan dan perbezaan mengenai gempa bumi dalam tujuh aspek, iaitu kejadian gempa bumi di dalam kitab suci, pandangan agama, peristiwa gempa bumi dalam sejarah, gempa bumi masa kini, gempa bumi masa hadapan, daya tindak agama serta maklumat geologi mengenai gempa bumi dalam kitab suci.Keywords
This publication has 11 references indexed in Scilit:
- Dynamic processes of the curved subduction system in Southeast Asia: A review and future perspectiveEarth-Science Reviews, 2021
- The influence of subsurface geology on the distribution of earthquakes during the 2016‐–2017 Central Italy seismic sequenceTectonophysics, 2021
- Bencana dan Tindakan Kepedulian Sosial dalam Keberagamaan: Studi Komparasi Kitab Suci al-Qur’an dan AlkitabKhazanah Theologia, 2021
- Tectonic and geological setting of the earthquake hazards in the Changning shale gas development zone, Sichuan Basin, SW ChinaPetroleum Exploration and Development, 2019
- Geological evidence for past large earthquakes and tsunamis along the Hikurangi subduction margin, New ZealandMarine Geology, 2019
- Acts of God? Religiosity and Natural Disasters Across Subnational World Districts*The Economic Journal, 2019
- Christian Theology and Disasters: Where is God in All This?2018
- EARTHQUAKES INDUCED BY HYDRAULIC FRACTURING ARE PERVASIVE IN OKLAHOMAGeological Society of America Abstracts with Programs, 2018
- The Role of Religious Leaders in the Restoration of Hope Following Natural DisastersSage Open, 2017
- Hydraulic Fracturing and Seismicity in the Western Canada Sedimentary BasinSeismological Research Letters, 2016