Langkah Pelaksanaan Titik Kawalan Kritikal Syariah Dalam Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Open Access
- 15 January 2023
- journal article
- research article
- Published by Universiti Sains Islam Malaysia in Journal of Fatwa Management and Research
- Vol. 28 (1) , 96-115
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang pelaksanaan Titik Kawalan Kritikal Syariah (TKKS) dalam Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah SPK MS 1900 di Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) yang merupakan antara Mahkamah Syariah terawal yang dipersijilkan dengan SPK MS 1900. Kajian ini dilaksanakan dengan strategi kajian kes dengan menggunakan teknik temubual separa berstruktur yang melibatkan 11 orang informan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Jawatankuasa Pelaksana SPK MS 1900 di MSNM. Hasil kajian ini didapati menggunakan teknik analisis tematik dengan bantuan perisian Atlas.ti 8. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat lima langkah utama dalam pelaksanaan TKKS di Mahkamah Syariah Negeri Melaka iaitu langkah penubuhan Jawatankuasa Pelaksana SPK MS 1900, perbincangan ahli Jawatankuasa Pelaksana SPK MS 1900, pengenalpastian dan Penetapan Isu Kritikal Syariah dan Nilai Islam, proses pendalilan dan akhir sekali langkah pendokumentasian dan pelaksanaan TKKS. Hasil kajian ini mengetengahkan secara teliti keperluan dalam langkah pelaksanaan TKKS seperti penetapan isu kritikal syariah dalam proses kerja, dalil-dalil autoriti yang bersesuaian untuk didokumentasi serta pengamalan nilai-nilai Islam yang terpilih bagi menyempurnakan keperluan pelaksanaan TKKS. Hasil kajian ini tidak pernah diketengahkan oleh pengkaji lepas dalam konteks pelaksanaan TKKS dalam SPK MS 1900 di institusi kehakiman syariah mahupun dalam organisasi awam.Keywords
This publication has 5 references indexed in Scilit:
- Faedah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berteraskan Syariah MS 1900 Di Darul Quran, JAKIMSains Insani, 2021
- A proposed framework for implementing risk-based Shari’ah auditJournal of Financial Reporting and Accounting, 2021
- Corporate Governance, Shariah Governance, and Credit Rating: A Cross-Country Analysis from Asian Islamic BanksJournal of Open Innovation: Technology, Market, and Complexity, 2020
- Assessing the effectiveness of internal Sharīʿah audit structure and its practices in Islamic financial institutions: a case study of Islamic banks in YemenAsian Journal of Accounting Research, 2020
- Emergence of the Islamic Values and Shariah Compliancy of Malaysian Standards Related to the Food IndustryUlum Islamiyyah, 2014