Faktor-Faktor Persaraan Awal: Tinjauan dalam kalangan Guru-Guru Negeri Perak
Open Access
- 28 March 2023
- journal article
- Published by Secholian Publication in Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
- Vol. 8 (3) , e002193
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membuat perbandingan motivasi dan persepsi guru terhadap dunia pendidikan dan pengajaran serta faktor-faktor persaraan awal dalam kalangan guru-guru negeri Perak. Kutipan data dilaksanakan melalui pendekatan campuran kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Teknik pensampelan mudah digunakan bagi mendapatkan maklum balas daripada guru-guru bagi menjawab persoalan kajian dan mendapatkan peserta untuk temu bual. Seramai 772 responden telah menyertai soal selidik ini dan 73 daripada mereka telah bersetuju untuk ditemu bual. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati motivasi guru berada pada tahap yang tinggi manakala persepsi guru adalah sederhana tinggi. Guru yang berkhidmat lebih lama didapati mempunyai motivasi dan persepsi yang lebih tinggi. Terdapat enam faktor dominan dikenal pasti dan ditemakan iaitu bebanan kerja, tekanan pentadbiran, persekitaran sosial dan buli, pelajar dan masyarakat, kecekapan kendiri dan prasarana. Kajian ini turut memberikan beberapa cadangan agar permasalahan ini dapat dikawal pada masa hadapan. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada motivasi guru untuk meneruskan khidmat bakti kepada anak bangsa.Keywords
This publication has 4 references indexed in Scilit:
- Pelaksanaan E-Pembelajaran dalam Persekitaran Sosial dan Budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di MalaysiaInnovative Teaching and Learning Journal, 2022
- Early career teacher retention intention: Individual, school and country characteristicsTeaching and Teacher Education, 2021
- Early Retirement: A Meta-Analysis of Its Antecedent and Subsequent CorrelatesFrontiers in Psychology, 2018
- Transformational leadership, employee turnover intention, and actual voluntary turnover in public organizationsPublic Management Review, 2016