Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia
Open Access
- 31 July 2024
- journal article
- Published by Secholian Publication in Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
- Vol. 9 (7) , e002875
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan modul intervensi kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-Siqra') yang berasaskan model Iqra' As'ad Humam. Tujuannya adalah menghasilkan modul yang memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak yang tercicir. Isu utama dalam kajian ini ialah kurangnya kemahiran asas bacaan al-Quran di kalangan kanak-kanak. Menurut data daripada e-Pelaporan kebangsaan 2020, 2.08 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun diklasifikasikan sebagai buta huruf, manakala 68.7 peratus kanak-kanak tidak dapat membaca ayat al-Quran dengan sempurna. Faktor-faktor utama yang dikenal pasti termasuk kelemahan dalam kemahiran membaca al-Quran, pengajaran yang kurang berkesan, penekanan terhadap kualiti bacaan al-Quran yang tidak mencukupi, dan kurangnya konsistensi dalam membaca al-Quran di rumah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membentuk dan membangunkan modul intervensi (Meta-Siqra') dan menilai keberkesanannya terhadap kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian pra dan pos, dengan melibatkan 400 sampel kanak-kanak yang tercicir dalam bacaan al-Quran. Data yang dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0 menunjukkan peningkatan yang signifikan, dengan purata peningkatan sebanyak 1.46 mata. Ini membuktikan bahawa modul ini berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran asas bacaan al-Quran.Keywords
This publication has 1 reference indexed in Scilit:
- Keberkesanan Teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi Suatu PerbandinganJournal of Usuluddin, 2014