Pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan dan Komitmen Guru Terhadap Kualiti Pengajaran
Authors:
- Abdul Said AmbotangAAAbdul Said Ambotang
- Lena AnuarLALena Anuar
Open Access
- 27 February 2023
- journal article
- research article
- Published by Universiti Malaysia Sabah (UMS) in Jurnal Pemikir Pendidikan
- Vol. 11 (1) , 50-60
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan dan Komitmen Guru terhadap Kualiti Pengajaran Guru sekolah rendah di Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan kebarangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Berpandukan Jadual Krejcie dan Morgan, sampel ditetapkan sebanyak 500 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan jantina kecuali pengetahuan pedagogi. Analisis ANOVA sehala turut menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi semua variabel berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan lokasi bertugas kecuali variabel pengetahuan kandungan. Analisis ujian regresi menunjukkan kombinasi sumbangan variabel pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan dan komitmen guru adalah sebanyak 73.8% (R2= 0.738) terhadap kualiti pengajaran guru. Analisis SEM berjaya menunjukkan terdapat hubungan dan pengaruh secara langsung yang signifikan variabel-variabel bebas dengan variabel bersandar. Kajian menyumbangkan satu Model Kualiti Pengajaran Guru yang baharu dapat mengetengahkan pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan dan komitmen guru bagi menghasilkan kualiti pengajaran guru. Kajian lanjut dicadangkan berhubung pengaruh pengetahuan pedagogi terhadap amalan kualiti pengajaran guru berdasarkan teori baharu seperti kepimpinan transformasi.Keywords
This publication has 12 references indexed in Scilit:
- Developing Assessments of Content Knowledge for Teaching Using Evidence-centered DesignEducational Assessment, 2020
- How does the availability and use of flexible leave influence the employer–employee relationship?Human Resource Management, 2019
- The effects of leader support for teacher psychological needs on teacher burnout, commitment, and intent to leaveJournal of Educational Administration, 2019
- Integrated competence of teaching and academic staff for the system of postgraduate pedagogical educationScienceRise: Pedagogical Education, 2019
- Reimagining teaching excellence: why collaboration, rather than competition, holds the key to improving teaching and learning in higher educationEducational Review, 2018
- Diversity Management Efforts as an Ethical Responsibility: How Employees’ Perceptions of an Organizational Integration and Learning Approach to Diversity Affect Employee BehaviorJournal of Business Ethics, 2018
- The global teaching profession: how treating teachers as knowledge workers improves the esteem of the teaching professionSchool Effectiveness and School Improvement, 2017
- Exploring the real-world decision-making of novice and experienced teachersJournal of Further and Higher Education, 2017
- The construction of subject matter knowledge in primary science teachingTeaching and Teacher Education, 1989
- Knowledge and Teaching:Foundations of the New ReformHarvard Educational Review, 1987