Analisis Tematik Keperluan Pendidikan Tasawuf: Perspektif Usahawan Muslim dalam Kehidupan Sejahtera

Authors:

Abstract
Integrasi pendidikan tasawuf dalam keusahawanan adalah penting dalam membentuk amalan perniagaan beretika serta meningkatkan kesejahteraan usahawan Muslim. Artikel ini membincangkan bagaimana pendidikan tasawuf dapat disepadukan dalam kehidupan usahawan Muslim untuk membina perniagaan yang bukan sahaja mengutamakan keuntungan material, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat dan mendapat keredaan Allah SWT, sekali gus memperkukuh kesejahteraan keusahawanan, dengan memberi tumpuan kepada keutuhan etika, ketahanan emosi, dan kepuasan spiritual. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual dengan lima orang usahawan Muslim. Hasil temu bual mendapati terdapat cabaran dalam mengamalkan nilai tasawuf dalam perniagaan, kesan positif pendidikan tasawuf terhadap kejayaan keusahawanan, serta peranannya dalam menyeimbangkan matlamat material dan spiritual. Usahawan yang mengamalkan ajaran tasawuf menunjukkan kestabilan emosi, keputusan perniagaan yang beretika, dan amalan perniagaan yang lestari. Artikel ini menegaskan kepentingan mengintegrasikan pendidikan tasawuf dalam latihan keusahawanan untuk memastikan pendekatan perniagaan yang holistik. Kesimpulannya, pendidikan tasawuf menyediakan kerangka menyeluruh dalam melahirkan usahawan Muslim yang berjaya, beretika, dan berwawasan akhirat.

This publication has 25 references indexed in Scilit: