ABSTRAK Perjalanan sejarah Sabah dalam Malaysia telah berusia selama 57 tahun lamanya. Dalam tempoh tersebut, matlamat penubuhan Malaysia untuk menjadikan Sabah setanding dengan kemajuan di Tanah Melayu masih jauh daripada yang diharapkan. Hakikat ini dapat dilihat apabila kedudukan Sabah diletakkan sebagai antara negeri termiskin di Malaysia sedangkan negeri tersebut kaya dengan hasil buminya. Konsep “sama rasa, sama raya” yang pernah dikemukakan oleh Pak Sako di Tanah Melayu sepatutnya dipanjangkan matlamatnya sehingga ke Malaysia Timur agar kemajuan bersama dapat direalisasikan secepat mungkin. Sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, sudah pasti persoalan ‘penentangan’, ‘kritikan’ dan ‘kemarahan’ daripada rakyat Sabah tidak akan ‘mengisi’ laporan akhbar, karya seni mahupun medium bersuara lainnya. Malangnya, keinginan tersebut masih ‘tertunda’ sehingga kini sedangkan kitaran ganas kemiskinan, kemusnahan flora dan fauna, kronisme, kemandulan intelektual serta pelbagai ‘penyakit’ lainnya tumbuh subur tanpa mampu dikekang oleh puncak kuasa sedia ada. Atas faktor ini munculnya kritikan daripada kolektif Pangrok Sulap yang lahir daripada ‘ideologi punk’ untuk mengabdi kepada masyarakat bawahan dan menentang segala bentuk penindasan, eksploitasi dan penyalahgunaan kuasa yang memiskinkan rakyat serta memusnahkan khazanah warisan Sabah. Oleh itu, penulisan ini akan menelusuri peranan Pangrok Sulap dalam mengangkat permasalahan masyarakat dan persekitarannya, sekali gus membolehkan literasi masyarakat tentang kewujudannya di Malaysia dapat diperluaskan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, penulisan ini menggunakan kaedah temu bual sebagai sumber utama penulisan kerana kebanyakan maklumat berkenaan Pangrok Sulap belum didokumentasikan dan kekal dalam bentuk memori kolektif dalam kalangan anggotanya. Kini, telah sedekad lamanya Pangrok Sulap bersinggungan langsung dengan masyarakat dan lingkungannya sehingga membolehkan kolektif ini dianggap sebagai ‘kotak suara’ masyarakat terpinggir. ABSTRACT The historical journey of Sabah in Malaysia has been going on for 57 years. During this period, the objectives of Malaysia’s formation to make Sabah on par with the progress in Malaya is still far from expected. This fact can be seen when Sabah is positioned as one of the poorest states in Malaysia although the state is rich in natural resources. The concept of “sama rasa, sama raya” (equally) that was put forward by Pak Sako in Malaya should be extended its aims to the East Malaysia so that mutual progress can be realized as soon as possible. If this can be done, it is certain that the questions of ‘resistance’, ‘criticism’ and ‘anger’ from the people of Sabah will not ‘fill in’ the newspaper reports, artwork, or other voice medium. Unfortunately, the desire is still ‘behind’ until now while the vicious cycle of poverty, destruction of flora and fauna, cronyism, intellectual sterility, and various other ‘diseases’ are flourishing without being able to be constrained by the existing powers. Due to this factor, criticism emerged from the Pangrok Sulap collective that was born from ‘punk ideology’ to serve the lower class and oppose all forms of oppression, exploitation and abuse of power that impoverishes the people and destroys the Sabah’s heritage treasures. Therefore, this paper will explore the role of Pangrok Sulap in raising the problems of society and its setting, as well as public literacy about its existence in Malaysia can be expanded. In order to achieve that goal, this paper uses the interview method as the main source because most of the information about Pangrok Sulap has not been documented and remains in the form of collective memory among its members. Now, for a decade, Pangrok Sulap has been directly involved with the communities and its environment, allowing this collective to be considered as a ‘voice box’ of the marginalized communities.