HHHayati Hussin

Hayati Hussin

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Hayati Hussin has a total of 23 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    Analisis Cabaran dan Halangan dalam Pengintegrasian Teknologi dalam Pembelajaran Al-Quran

    by Nur Muizz Mohamed Salleh, Safinah Ismail, Nor Hasanah Mohd Yusoff, Hayati Hussin

    Kajian ini menganalisis secara mendalam cabaran sistemik yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran berasaskan teknologi dalam pendidikan tahfiz melalui pendekatan kaedah campuran yang menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif. Analisis menunjukkan teknologi berfungsi sebagai pengukuh kognitif yang sederhana—terutama dalam visualisasi tajwid dan pembelajaran kendiri—namun tidak mampu menandingi talaqqi musyafahah sebagai mekanisme epistemik untuk validasi bacaan dan kesinambungan sanad. Cabaran utama meliputi ketidakseimbangan kompetensi digital guru, ketidaksediaan infrastruktur, beban kognitif pelajar, gangguan digital, serta keterbatasan AI dalam menilai komponen spiritual-fonetik bacaan al-Quran. Berteraskan teori TPACK, Blended Learning dan Cognitive Load Theory, kajian ini menegaskan keperluan integrasi teknologi yang beretika, bersasar dan dipimpin guru melalui kerangka pelaksanaan sistematik yang dapat memperkasakan PdP tanpa menjejaskan nilai tradisi.


  • Open Access

    PERANAN IBU BAPA DALAM MELAHIRKAN HUFFAZ AL-QURAN YANG CEMERLANG DI ERA KECERDASAN BUATAN (AI)

    by Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, Norullisza Khosim, Mardhiah Yahaya, Noor Hafizah Mohd Haridi

    Seiring dengan perkembangan semasa teknologi abad ke-21 ini, penggunaan aplikasi teknologi multimedia (ATM) dalam sektor pendidikan tahfiz berpotensi untuk melahirkan hufaz yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing. Kepelbagaiaan ATM dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan generasi huffaz al-Quran yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan huffaz al-Quran yang cemerlang. Ibubapa merupakan murabbi pertama serta menjadi suri teladan utama dalam kehidupan anak-anak. Walaubagaimanapun kebanyakan ibu bapa tidak menyedari atau kurang mengetahui bahawa mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan golongan huffaz yang cemerlang, gemilang dan terbilang memenuhi kehendak masyarakat, ummah dan negara di era kecerdasan buatan. Justeru kajian ini bertujuan untuk membentangkan peranan ibu bapa dalam melahirkan huffaz yang cemerlang di era kecerdasan buatan (AI). Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi, iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas persidangan, ensiklopedia dan lain-lain lagi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam strategi utama yang perlu diketahui oleh setiap ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka berjaya menghafaz al-Quran dengan cemerlang iaitu Pertama: Pertama: Ibu bapa sebagai pembimbing rohani. Kedua: Ibu bapa sebagai pengurus masa dan disiplin anak. Ketiga: Ibu bapa Sebagai Penyokong Emosi Dan Motivator. Keempat: Ibubapa Sebagai Penilai dan Pemantau Progres Hafazan. Kelima: Ibubapa Sebagai Pengurus Teknologi yang Bijak. Keenam: Ibubapa Sebagai Rakan Hafazan. Hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa mengenai tanggungjawab dan peranan yang perlu diambil bagi memastikan anak-anak berjaya menghafaz al-Quran dengan cemerlang di era kecerdasan buatan.

  • Open Access

    Masalah dan Cabaran Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

    by Rohana Zakaria, Mohd Asri Ishak, Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Mardhiah Yahaya, Hayati Hussin, Sofea Thanaa’ Saibon

    Tadabbur al-Quran merupakan suatu mekanisme terpenting dalam membangunkan modal insan khususnya dari aspek kerohanian seorang insan, sekali gus menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan krisis dan masalah sosial. Justeru, golongan pelajar tahfiz merupakan golongan remaja yang sentiasa mendampingi al-Quran. Namun realiti kini mendapati bahawa pelajar tahfiz lebih menumpukan hafazan berbanding memahami makna ayat yang dihafaz. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) tingkatan empat dan lima di sekolah Menengah Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik yang dianalisis secara deskriptif kepada 300 pelajar tingkatan empat dan lima dari lima buah sekolah tersebut telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan min dan peratusan. Data kuantitatif kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienes 29.0 (SPSS 29.0). Hasil kajian mendapati nilai keseluruhan min berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan sebahagian pelajar menghadapi masalah dalam mentadabbur dan berinteraksi bersama al-Quran. Hasil kajian mengenalpasti bahawa antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah seperti pelajar lebih mengutamakan kelancaran berbanding kefahaman terhadap ayat al-Quran, pelajar memberi seluruh tumpuan terhadap hafazan tanpa tadabbur, pelajar tidak mempunyai waktu yang cukup untuk tadabbur, pelajar tidak mengambil tahu bagaimana cara untuk tadabbur ketika menghafaz al-Quran, pelajar menghafaz al-Quran hanya untuk menepati silibus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelajar menghafaz al-Quran tanpa menghayati maknanya, pelajar tidak memahami makna ayat al-Quran yang dihafaz dan guru hanya memberi tumpuan terhadap bacaan dan hafazan sahaja. Oleh yang demikian, para pelajar dan seluruh pihak yang terlibat hendaklah berusaha menangani masalah-masalah yang dihadapi agar dapat membantu para pelajar dalam mentadabbur al-Quran seterusnya dapat merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan tahfiz demi melahirkan huffaz yang cemerlang.


  • Open Access

    Application of Multimedia Technology (MTA) in The Qiraat Course: A Study on Darul Quran Students, Jakim

    by Hayati Hussin, Abd Rahman Abd Ghani, Abdul Rahim Ahmad, Nur Zainatul Nadra Zainol, Muhammad Hafiz Saleh, Mardhiah Yahaya, Rohana Zakaria

    HRMARS is well established journal publisher based in Pakistan. It is publishing prominent journals in social sciences since 2011.


  • Open Access

    Legasi Al-Tarmasiy Dalam Bidang Qiraat

    by Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, Muhammad Arif Musa

    Al-Tarmasiy merupakan seorang ulama nusantara yang prolifik. Beliau banyak menghasilkan kitab dalam pelbagai disiplin pengajian Islam. Namun keunggulan beliau dalam bidang qiraat lebih terserlah. Karya beliau dalam bidang qiraat mewakili peratusan yang tertinggi berbanding bidang pengajian Islam yang lain. Justeru kertas kerja ini dihasilkan bagi menyingkap legasi beliau dalam bidang qiraat. Metodologi kajian ini bersifat kualitatif dan berbentuk analisis kandungan dengan berpandukan kepada kitab-kitab qiraat karangan beliau. Hasil kajian mendapati terdapat enam buah kitab yang telah dihasilkan oleh al-Tarmasiy dalam bidang qiraat. Kitab-kitab tersebut iaitu Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic, Tanwir al-Sadr bi Qira’at al-Imam Abi cAmr, Ghunyat al-Talabah bi Sharh al-Tayyibah, Al-Badr al-Munir fi Qira’at al-Imam Ibn Kathir, Al-Risalah al-Tarmasiyyah fi Isnad al-Qira’at al-cAshriyyah dan Inshirah al-Fawaid fi Qira’at al-Imam Hamzah Riwayatay Khalaf wa Khallad. Implikasinya kajian ini dapat menyumbang ke arah usaha mentahkik kitab-kitab qiraat al-Tarmasiy serta menterjemahkannya dan mensyarahkannya ke dalam bahasa ibunda.

  • Open Access

    Contributions of Muhammad Mahfuz Al-Tarmasiy in The Field of Islamic Studies

    by Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, Nur Zainatul, Nadra Zainol, Rohana Zakaria

    The present study, in principle, aims to introduce an archipelago figure who was once the focus of knowledge seekers in the Holy City of Makkah, Shaykh Muhammad Mahfuz Al-Tarmasiy. This scholar had also left behind significant contributions in his birthplace in the Island of Java. To identify his stature in the field of Islamic studies, scholarly works that bring to light the aesthetics of his writings will be briefly highlighted, fitting with the requirements of research papers. The methodology used in the present study is inclined towards qualitative research that encompasses the various sources of information in the form of his writings, be it from published books, untouched original manuscripts, theses and dissertation that look into his manuscripts and books, and the official website of the institution that was established by his successors. Interviews with his grandchildren and great-grandchildren living across the country will also be utilized as one of the methods used in identifying this figure, his background and the general view about his stature. The results of the study found that, al-Tarmasiy’s stature in the area of Islamic studies is indeed superior based on two factors: First: The establishment of traditional and modern educational institutions in Java that were inspired by his enthusiasm and struggles for the sake of knowledge. Second: The impact of his meticulous works that span over twenty books on the academic world and on the traditional talaqqi education system.