NJNordiana AB Jabar

Nordiana AB Jabar

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Nordiana AB Jabar has a total of 33 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    Impak Lirik Lagu Rakyat Melayu Terhadap Pelancongan di Terengganu

    by Nurul Syuhada Mohd Sharol, Nordiana Ab Jabar, Suraya Sukri, Chris Dickerson Thomas, Nurain Adha Normee Hadee

    Kajian ini meneliti peranan lirik lagu rakyat Melayu dalam meningkatkan pembangunan pelancongan di Terengganu. Meskipun ianya sarat dengan nilai budaya, lagu rakyat semakin kurang diketahui oleh masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran, iaitu analisis kualitatif terhadap dua lirik lagu rakyat Melayu Terengganu, serta kajian kuantitatif menerusi soal selidik berstruktur kepada rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pelancong. Dapatan menunjukkan lirik lagu rakyat menonjolkan identiti dan tema budaya Terengganu seperti kepercayaan tradisional, cerita rakyat, dan warisan setempat. Pengetahuan terhadap lagu rakyat didapati dapat meningkatkan minat mengunjungi Terengganu dan penghargaan terhadap budaya tempatan. Kajian ini mencadangkan penggabungan elemen lagu rakyat dalam strategi pemasaran ,pelancongan sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan warisan serta memelihara warisan tidak ketara Malaysia.

  • Open Access

    Literature and Cultural Ecology: The Relationship Between Folklore and Environmental Sustainability

    by Nordiana Ab Jabar, Suraya Sukri, Daeng Haliza Daeng Jamal, Sudirman Kiffli, Mohd Saipuddin Suliman

    The paper addresses the relationship between literature, cultural ecology, and folklore’s role in promoting ecological sustainability. The expression of values and beliefs of community in folklore very often teaches people how to interact with the natural environment. This ecological component of folklore gives us a helpful insight into how traditional societies have grappled with and respected nature. This paper adopts a folkloric origin to identify several folk stories of ethnic groups in Malaysia to prove that these entertaining stories have essential messages on environmental conservation for the dwellers. Then, the article tells us how a literary treasure like this can be a pedagogical tool for raising ecological awareness and encouraging sustainable practices among the young generation. A more in-depth grasp of the literature on cultural ecology linking would lead to a better understanding of the role of image admin folklore in creating attitudes and perspectives towards environmental sustainability.


  • Open Access

    NAVIGATING THE STORM: A STUDY OF IMPACTS COVID-19 ON WAYANG KULIT KELANTAN

    by Ainul Wahida Radzuan, Nai Abdul Rahim, Suraya Sukri, Nordiana AB Jabar, Azlin Sharina Abdul Latef

    The Covid-19 pandemic hit the entire world at the onset of 2020, paralysing all community activities. The local government has restricted all social activities, including public gatherings, which has indirectly impacted local wayang kulit practitioners. This study examined the impacts of the Covid-19 pandemic on practitioners of wayang kulit in Kelantan and how they reacted and responded during the Covid-19. This study employs a qualitative approach with a focus on a case study. Ten respondents were interviewed, and non-participant observation was used to obtain data. All data were analysed thematically and triangulated with previous studies. Hence this study found two significant impacts of Covid-19 towards Wayang Kulit Kelantan, including local practitioners who are forced to postpone and cancel artistic activities and a lack of income generation among the practitioners. However, Wayang Kulit Kelantan survived by adapting to a new version of wayang kulit performances and the need to comply with government SOPs. In conclusion, this study is essential for wayang kulit practitioners and stakeholders in sustaining wayang kulit during the pandemic and in the future. Pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia pada permulaan tahun 2020 dan melumpuhkan semua aktiviti masyarakat. Kerajaan tempatan telah menyekat semua aktiviti sosial termasuk perhimpunan awam yang memberi kesan kepada pengamal wayang kulit tempatan secara tidak langsung. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan wabak Covid-19 terhadap pengamal wayang kulit di Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berfokuskan kepada kajian kes. Sepuluh orang responden telah ditemu bual, dan pemerhatian bukan ikut serta digunakan untuk mendapatkan data. Semua data dianalisis secara tematik dan ditriangulasi dengan kajian terdahulu. Justeru itu, kajian ini mendapati terdapat dua impak utama wabak Covid-19 terhadap Wayang Kulit Kelantan termasuklah pengamal tempatan terpaksa menangguhkan dan membatalkan aktiviti kesenian serta kekurangan penjanaan pendapatan dalam kalangan pengamal. Namun, Wayang Kulit Kelantan berjaya bertahan dengan mengadaptasi persembahan wayang kulit secara dalam talian, dan pematuhan SOP kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting untuk pengamal dan pihak berkepentingan wayang kulit dalam mengekalkan wayang kulit semasa pandemik dan pada masa hadapan.

  • Open Access

    PEMBINAAN TEORI TEKSDEALISME DAN PENELITIAN TERHADAP KARYA PUISI KONKRIT

    by Mohd Saipuddin Suliman, Shahrun Nizal Mohd Nor, Nordiana AB Jabar, Norazimah Zakaria, Lim Ying Xuan, Afidatul Syazwani Afandi

    Makalah ini menekuni dimensi penciptaan teori teksdealisme menerusi aspek dasar pembangunan teori, rangka dasar teori serta pengakplikasian teori dalam karya sastera. Berikutnya, penelitian dibuat berdasarkan puisi konkrit Tri-V (verbal-vokal-visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). Kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif berdasarkan teknik analisis kandungan (content analysis). Kaedah ini dipilih berikutan bersesuaian dengan teknik pengumpulan dan analisis data bersandarkan kepada teks yang dikaji. Dapatan kajian mendapati teori teksdelisme berfungsi dalam mengidentifikasi karya dan penyair yang unggul. Didapati prinsip teori ini paralel dengan horizon kepenyairan AGI yang cuba keluar daripada belenggu konvensional dan mencipta inovasi baharu bagi mewarnai jagat sastera tanah air. Diharapkan makalah ini dapat menjadi rujukan kepada pengkaji lain, pengkritik dan para pelajar aliran sastera yang ingin memanfaatkan teori teksdealisme dan pada masa yang sama mencipta pembaharuan dan inovasi dalam penciptaan puisi. This paper explores the dimensions of textdealism theory creation through the basic aspects of theory development, a framework, and the application of theory in literary works. The research is based on Tri-V (verbal-vocal-visual) concrete poetry pioneered by Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). This study applies qualitative method based on content analysis techniques. This approach was chosen due to its compatibility with the data collection and analysis techniques based on the text being studied. According to the findings, the textdealism theory is effective in identifying excellent poetry and poets. It was found out that this theoretical principle parallels with the horizon of AGI's poetry, which attempts to break out of the shackles of conventional and create new innovation to add much beauty to the literary world of the homeland. It is hoped that this paper can be a reference for other researchers, critics and literary studies majors who wish to utilize the theory along with renewal and innovation in the creation of poetry.


  • Open Access

    FUNGSI BUNGA-BUNGAAN DALAM TEKS PANTUN MELAYU ‘BINGKISAN PERMATA’

    by Azyantee Mohd Zawawi, Nurmasitah Mat Hassan, Nordiana AB Jabar

    Abstrak Alam mempunyai unsur pengaruh yang kuat dalam kehidupan tradisi masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Keutuhan hubungan yang terjalin di antara masyarakat Melayu dengan alam sekitar telah membentuk satu pengaruh unik khususnya penggunaan unsur alam sebagai motif dalam aspek kesenian dan kebudayaan Melayu. Keupayaan mengolah unsur alam khususnya flora sebagai pembayang dalam menghasilkan pantun membuktikan penggunaan daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Makalah ini dihasilkan bertujuan untuk membincangkan tentang fungsi tumbuhan terutamanya jenis bunga-bungaan yang terdapat di alam Melayu dan mempunyai fungsi tertentu. Kajian ini juga meneliti kepelbagaian unsur flora yang digunakan sebagai pembayang dalam menghasilkan pantun. Selain itu, kajian ini juga meneliti pemilihan motif alam flora terutamanya aspek bunga-bungaan dalam pantun Melayu. Jenis-jenis bunga yang terdapat dalam pantun Melayu kebiasaannya dijadikan sebagai pembayang dan juga maksud pantun. Bagi tujuan menjalankan kajian tersebut, analisis dilakukan melalui koleksi pantun yang terdapat dalam teks Pantun Melayu Bingkisan Permata (PMBP). Hasil kajian mendapati penjenisan bunga yang terdapat dalam pantun Melayu mempunyai kepelbagaian fungsi antaranya sebagai bahan makanan, alat kosmetik, alat terapi, simbol dalam upacara atau ritual, dan berfungsi sebagai bahan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu. Abstract Nature has had a vital element of influence in the traditional life of the Malay community since time immemorial. The integrity of the relationship between the Malay community and the environment has formed a unique influence, especially the use of natural elements as motives in aspects of Malay art and culture. The ability to process the elements of nature, especially flora, as a hint in producing poems proves the use of high creativity among the Malay community. This paper aims to study the function of plants, especially the types of flowers found in the Malay world and have certain functions. This study also examines the diversity of flora elements used as hints in producing poems. In addition, this study also examines the selection of motifs of flora, especially the aspect of flowers in Malay poetry. The types of flowers found in Malay poems are usually used as a hint and also the poem's meaning. To conduct the study, the analysis was done through a collection of poems found in the text of “Pantun Melayu Bingkisan Permata” (PMBM). The results of the study found that the types of flowers found in Malay poems have a variety of functions such as food, cosmetics, therapy tools, symbols in ceremonies or rituals, and serve as material in the traditional medicine of the Malay community


  • Open Access

    WEB 2.0 AS AN ONLINE FUN LEARNING TOOLS FOR HERITAGE STUDIES DURING PANDEMIC: COERCION OR CONSENT?

    by Suraya Sukri, Ainul Wahida Radzuan, Nordiana AB Jabar, Siti Nur Anis Muhammad Apandi, Azlin Sharina Abdul Latef, Mohd Zaimmudin Mohd Zain, Sarah Wahida Hasbullah, Hana Yazmeen Hapiz

    This study evaluated the efficacy of fun online learning methods (FOLMs) in teaching and learning the Introduction to Cultural Heritage (SCM2223) course during the COVID-19 pandemic at Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. This study aims to understand the student's demographic background, awareness, and perception of using FOLMs in SCM2223 during the pandemic. It also uses quantitative and qualitative data collection through surveys and reports. A total of 149 from 211 students who took SCM2223 responded to the survey using stratified random sampling. The data were analysed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Results highlight that students are ready to fully embark on full time FOLMs without feeling coerced during the pandemic as data triangulation shows that these methods enhance student understanding, comprehension and acceptance of the course. In addition, it increased student interest in learning and, more importantly, encouraged student cognitive behaviour towards the course content and improved overall satisfaction with online teaching methods. Finally, This study provides methods for improving new online learning alternatives, developing good course teaching evaluation reports, and achieving good course learning outcomes (CLO). Abstrak Kajian ini menilai keberkesanan kaedah pembelajaran dalam talian (FOLM) yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Pengenalan kepada Warisan Budaya (SCM2223) semasa pandemik COVID-19 di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk memahami latar belakang demografi, kesedaran dan persepsi pelajar menggunakan teknik FOLM dalam SCM2223 semasa wabak COVID-19. Ia juga menggunakan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif melalui tinjauan dan laporan. Seramai 149 daripada 211 pelajar yang mendaftar kursus SCM2223 telah menjawab survei menggunakan persampelan rawak berstrata. Seterusnya data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Keputusan menunjukkan bahawa pelajar bersedia untuk memulakan sepenuhnya teknik FOLM tanpa rasa dipaksa semasa pandemik kerana triangulasi data menunjukkan bahawa kaedah ini meningkatkan pemahaman, dan penerimaan pelajar terhadap kursus SCM2223. Di samping itu, ia meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan paling penting, menggalakkan tingkah laku kognitif pelajar terhadap kandungan kursus dan meningkatkan kepuasan keseluruhan dengan kaedah pengajaran dalam talian. Akhir sekali, Kajian ini menyediakan kaedah untuk menambah baik alternatif pembelajaran dalam talian baharu, membangunkan laporan penilaian pengajaran kursus yang baik, dan mencapai hasil pembelajaran kursus (CLO) yang baik.

  • Open Access

    Pemaparan Jenis Akhlak Menerusi Kumpulan Puisi As-Salam Karya Suhaimi Haji Muhammad Berdasarkan Teori Takmilah

    by Siti Nur Anis Muhammad Apandi, Rohayati Junaidi, Zainoren Zul, Eizah Mat Hussin, Farrah Atikah Saari, Nordiana Ab. Jabar, Sudirman Kiffli, Suraya Sukri, Mohd Firdaus Che Yaacob, Nurulahda Sulaiman

    Suhaimi Haji Muhammad merupakan seorang pengkarya yang menekan unsur kerohanian dan keislaman di dalam puisi yang dihasilkan. Kajian ini menyentuh nilai moral dalam kelompok puisi Suhaimi Haji Muhammad dengan menerapkan Pendekatan Takmilah yang diperkenalkan oleh Shafie Abu Bakar. Pendekatan ini mengangkat sifat Kamal Allah dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan akan digunakan untuk mengkaji puisi Suhaimi Haji Muhammad. Teori Takmilah ini juga adalah bertunjangkan kepada konsep tauhid yang merupakan aspek penting dalam Islam. Melalui kajian ini menunjukkan bahawa pengkarya berjaya memberi pendedahan kepada khalayak bahawa pengkarya juga dapat menyampaikan dakwah serta memberi pengajaran kepada pembaca di dalam bentuk yang lebih indah dan kreatif. Pelbagai nilai dan pengajaran telah dibentangkan oleh pengkarya dalam puisi yang dihasilkan dan ianya telah memenuhi salah satu ciri elemen Kesusasteraan Melayu, iaitu mengetengahkan unsur-unsur pendidikan kepada masyarakat.

  • Open Access

    Impak Pandemik COVID-19 terhadap Bidang Bahasa, Sastera dan Budaya di Malaysia

    by Mohd Saipuddin Suliman, Yamamoto Hiroyuki, Nordiana Ab. Jabar, Lim Ying Xuan, Mimi Suriani Mat Daud

    Artikel ini meneliti impak serta cabaran yang dihadapi dalam bidang bahasa, sastera dan budaya akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik bacaan rapi (close reading) berdasarkan artikel penyelidikan terkini yang berkaitan dengan pandemik COVID-19. Menerusi dapatan kajian, didapati pemakaian istilah baharu seperti 'norma baharu', 'normal baharu' atau 'kebiasaan baharu' banyak digunakan oleh media massa tanpa sebarang standarsasi yang konsisten. Sementara itu, bagi aspek kesusasteraan, pandemik COVID-19 seperti memberi harapan baharu dalam lapangan ini. Banyak pertandingan, pendeklamasian dalam talian dan penerbitan antologi puisi dianjurkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Akhir sekali, cabaran yang dihadapi dalam aspek budaya bagi setiap masyarakat di negara ini adalah penyesuaian kehidupan dengan norma baharu. Umpamanya tidak berjabat tangan, mengamalkan penjarakan sosial, mematuhi etika batuk atau bersin, mengelakkan tempat yang sesak, memakai pelitup muka dan perkara yang paling penting iaitu mematuhi perintah kuarantin 14 hari jika diarahkan oleh pihak berkuasa. Secara kesimpulannya, pandemik COVID-19 telah mencipta suatu paradigma baharu menerusi kepelbagaian peristilahan bahasa, kepelbagaian kaedah penganjuran aktiviti sastera serta perubahan norma budaya dalam kehidupan seharian. This article examines the impact and challenges faced in the field of language, literature and culture as a result of the spread of COVID-19 pandemic. This study uses a qualitative approach through close reading techniques on ​​the latest research articles relating to the COVID-19 pandemic. Based on the findings of the study, it was found that the use of new terms such as 'norma baharu', 'normal baharu' or 'kebiasaan baharu' widely used by the mass media without any consistent standards. Meanwhile, in terms of literature, the COVID-19 pandemic has given new hope in this field. Many competitions, online recitations as well as the publication of poetry anthologies are mushrooming. Finally, the challenges faced in the cultural aspect of every society in this country is the adaptation of life to new norms. For example, not shaking hands, practicing social distancing, adhering to the ethics of coughing or sneezing, avoiding crowded places, wearing face masks and most importantly complying with a 14-day quarantine order if directed by the authorities. In conclusion, the COVID-19 pandemic creates a new paradigm in the diversity of language terminology, a variety of methods in organizing literary activities as well as changes in cultural norms in daily life. Keywords: impact; challenges; COVID-19 pandemic; Malaysia