AIArwa Md. Isa

Arwa Md. Isa

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Arwa Md. Isa has a total of 2 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    Kaedah Mempertahankan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900) di Institusi Pendidikan Tinggi

    by Arwa Md. Isa, Siti Arni Basir, Osman Md. Rasip

    Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900) telah banyak dilaksanakan dalam pelbagai sektor termasuklah di sektor awam dan swasta di Malaysia. Pengkaji lepas menumpukan kajian kepada topik berkenaan pelaksanaan dan usaha-usaha ke arah pensijilan sistem pengurusan kualiti tersebut. Manakala topik berkenaan usaha atau kaedah yang dijalankan untuk mempertahankan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900) masih belum banyak diteroka. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah yang dilaksanakan di Universiti Islam Malaysia Pahang (UnIPSAS) dalam usaha mempertahankan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900) yang telah diperoleh. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa-struktur sebagai kaedah pengumpulan data. Para informan yang terdiri daripada pentadbir, pengurus kualiti dan para pensyarah telah ditemu bual bagi mendapatkan info berkenaan topik yang dikaji. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik dengan bantuan perisian Atlas-Ti. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam kaedah yang dilaksanakan di universiti tersebut dalam usaha mempertahankan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900) iaitu kawalan dokumen dan rekod, audit, tindakan pembetulan dan pencegahan, kajian pengurusan, analisa data dan maklum balas serta latihan. Semua kaedah tersebut telah dilaksanakan secara efektif dan mendapat sokongan pihak kepimpinan serta warga kerja di universiti yang telah dikaji. Implikasi daripada hasil kajian ini ialah ia menyumbang kepada pembangunan ilmu berkenaan kaedah mempertahankan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900) di universiti berteraskan Islam. Para pentadbir universiti boleh menggunakan hasil kajian ini sebagai panduan dalam usaha mereka untuk mempertahankan pensijilan sistem pengurusan kualiti secara efektif di institusi masing-masing. Sebagai lanjutan daripada kajian ini, pengkaji akan datang boleh memfokuskan kajian berkenaan cabaran yang dihadapi dalam usaha-usaha untuk mempertahankan pensijilan MS 1900 di organisasi yang terlibat.