NRNur Shazana Abdul Rani

Nur Shazana Abdul Rani

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Nur Shazana Abdul Rani has a total of 15 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIUM PAPAN TANDA DALAM KEMPEN BAHAYA PENYALAHGUNAAN DADAH

    by Mohamad Hafifi Jamri, Nurzali Ismail, Abdul Rauf Ridzuan, Nurul Hafizah Rosli, Nur Shazana Abdul Rani, Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Hanita Hassan, Rosilawati Sultan Mohideen

    Papan tanda merupakan sebuah media konvensional luar yang digunakan sebagai platform penyampaian informasi kepada masyarakat. Penggunaan papan tanda dalam aktiviti promosi dan kempen di negara ini dirujuk masih lagi berlangsung sehingga ke hari ini termasuklah dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan strategi lokasi media luar papan tanda dalam Kempen Bahaya Penyalahgunaan Dadah. Kaedah kajian keratan rentas kuantitatif survei digunakan bagi pengrekrutan sejumlah 400 orang belia di negeri Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keberkesanan strategi lokasi media luar papan tanda dalam kempen adalah di tahap sederhana tinggi. Penambahbaikan strategi ini masih boleh dijalankan dalam usaha memastikan keberkesanannya dapat dipertingkatkan sekaligus menjadikan kempen lebih berimpak kepada golongan masyarakat.

  • Open Access

    DIMENSI LITERASI MEDIA DAN KESEDIAAN PENYERTAAN POLITIK DALAM KALANGAN PENGUNDI MUDA BAHARU DI ZON SELATAN, MALAYSIA

    by Siti Nurshahidah Sah Allam, Mohd Sufiean Hassan, Abdul Rauf Hj. Ridzuan, Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Nur Shazana Abdul Rani, Najihah Hanisah Marmaya

    : Ledakan teknologi komunikasi dan maklumat pada hari ini membuka platform kepada golongan muda terutama pengundi muda (Undi18) untuk mendapat akses maklumat politik. Hal ini mendorong kepada pelaksanaan polisi penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Malaysia. Objektif kajian ini untuk mengkaji tahap kemahiran literasi media dan tahap kesediaan penyertaan politik dalam kalangan pengundi muda di Malaysia. Kaedah survei digunakan ke atas 547 responden dalam kalangan pengundi muda (18-26 tahun) di Malaysia. Soal selidik telah melalui proses kesahan pakar dan kesahan bersemuka yang menjadikan nilai Alpha Cronbach bagi setiap item adalah melebihi 0.07 yang membawa maksud mempunyai aras kesahan yang baik. Pekali alfa untuk semua item ialah 0.95. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran literasi media dalam kalangan pengundi muda adalah sederhana (min=3.93) dan tahap kesediaan penyertaan politik dalam kalangan pengundi muda adalah rendah (min=2.56). Namun, responden dilaporkan mempunyai tahap pengetahuan politik yang tinggi dan menjadikan media sosial merupakan platform popular untuk mendapatkan maklumat politik. Kajian ini melaporkan ibu bapa, sekolah serta media sosial merupakan agen yang mempengaruhi minat politik. Kajian ini membawa implikasi sosial bahawa Kerajaan perlu mempergiat kempen kemahiran literasi media di peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. Kepentingan kemahiran literasi media meningkatkan tahap kesediaan penyertaan politik dalam kalangan pengundi muda. Kajian ini turut membantu negara mencapai matlamat dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah Teras 5, iaitu Transformasi Modal Insan melalui Program Pembangunan Literasi Media dan Politik bagi melahirkan pemimpin berintegriti dalam kalangan golongan muda.

  • Open Access

    THE DARK SIDE OF USING SOCIAL MEDIA

    by Nur Shazana Abdul Rani, Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Siti Nur Shahidah Sah Allam, Mohamad Hafifi Jamri, Abdul Rauf Ridzuan, Syed Muhammad Fauzi Syed Mostapa Syed Mostapa

    One of the most popular forms of interactive computing is social media, which involves technology that allows peopleto communicate and exchange information. Being able to communicate easily and getting to know more about aparticular person has become easier nowadays. However, this can also be taken to another level where stalking becomes easier to be done by or for users. In Malaysia, the highest percentage of social media users are teenagers from 15 to 19 years old. This research will focus on how teenagers are more prone to develop cyberstalking tendencies and if they are aware of the line of privacy on social media. The method that the researcher used to conduct this research was in-depth interview to collect data. Twenty social media users were selected to be interviewed by the researcher and the respondents were interviewed with the questions that have been prepared. All the data and information was transcribed (verbatim) and thematic data analysis was used to sort out all the data and information. In particular, the findings highlight the truth behind the development of cyberstalking among teenagers due to the influence of social media.