Tahap Kefahaman Mengenai Kenyataan Berbaur Kebencian di Media Sosial dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
Open Access
- 30 November 2024
- journal article
- Published by Universiti Sains Islam Malaysia in Sains Insani
- Vol. 9 (2) , 246-257
Abstract
Abstrak: Fenomena penyebaran ucapan berbaur kebencian di media sosial semakin berleluasa dari semasa ke semasa seolah-olah para pelaku tidak memahami konteks ucapan berbaur kebencian dan implikasinya terhadap keharmonian negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kefahaman masyarakat Malaysia terhadap kenyataan berbaur kebencian di media sosial yang boleh menjadi ancaman serius terhadap kestabilan sosial dan keselamatan negara. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif yang melibatkan pengaplikasian teknik perbincangan kumpulan berfokus (FGD) telah dijalankan untuk membangunkan instrumen kajian. Kaedah kuantitatif pula dilaksanakan melalui teknik tinjauan yang melibatkan 907 responden dari seluruh negeri di Malaysia. Para responden terdiri daripada pengguna media sosial, mencakupi pelbagai etnik dan agama berdasarkan kepada pensampelan rawak bersistematik. Selain itu, dapatan kajian ini diperkukuhkan dengan data yang diperoleh melalui teknik temu bual. Secara keseluruhan, hasil kajian mendedahkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai tahap kefahaman yang tinggi mengenai kenyataan berbaur kebencian. Walau bagaimanapun, terdapat variasi dalam tahap kefahaman terhadap pelbagai aspek kenyataan berbaur kebencian. Dalam hal ini, penemuan kajian ini bukan sekadar menyumbang kepada literatur sedia ada, tetapi juga turut membuka ruang kepada pendekatan inovatif oleh pihak bertanggungjawab dalam menangani kenyataan berbaur kebencian secara lebih bersasar bagi memastikan kestabilan dan keharmonian sosial dalam negara yang berbilang kaum dan agama terpelihara. The spread of hate speech on social media is becoming increasingly widespread, as if the perpetrators do not understand the context of hate speech and its implications for national harmony. Therefore, this study aims to examine the level of understanding among Malaysians regarding hate speech on social media, which can pose a serious threat to social stability and national security. This study employs a mixed-methods research approach, combining both qualitative and quantitative methods. The qualitative method involved the application of focus group discussion (FGD) techniques to develop the research instrument. The quantitative method was conducted through a survey involving 907 respondents from across Malaysia. The respondents consisted of social media users from various ethnicities and religions, based on systematic random sampling. Additionally, the findings of this study are reinforced by data obtained through interview. Overall, the results reveal that Malaysians have a high level of understanding regarding hate speech. However, there are variations in the level of understanding concerning different aspects of hate speech. In this regard, the findings of this study not only contribute to the existing literature but also open the door to innovative approaches by relevant authorities in addressing hate speech more effectively to ensure the stability and social harmony of a multiethnic and multireligious nation are preserved.Keywords
This publication has 6 references indexed in Scilit:
- Exploring the Social and Cultural Implications of Hate Speech on Facebook in MalaysiaSains Humanika, 2023
- Digital hate speech and othering: The construction of hate speech from Malaysian perspectivesCogent Arts & Humanities, 2023
- HUJAH PERBINCANGAN PERISTIWA BOM BALI DALAM SOROTAN: SATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF ISLAMMANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 2022
- Conscious or Unconscious: The Intention of Hate Speech in Cyberworld—A Conceptual PaperProceedings, 2022
- Hate Speech in Maqasid Sharia PerspectivePro Justicia: Jurnal Hukum dan Sosial, 2021
- Multilabel Classification of Hate Speech and Abusive Words on Indonesian Twitter Social Media2020