Pertembungan Budaya dalam Novel Melati Sarawak: Satu Analisis
Author:
Open Access
- 28 June 2024
- journal article
- Published by UNIMAS Publisher in Trends in Undergraduate Research
- Vol. 7 (1) , f1-7
Abstract
Melati Sarawak merupakan novel Melayu Sarawak kedua tertua, selepas Hikayat Panglima Nikosa yang terbit pada tahun 1876 di Kuching. Novel ini ditulis oleh Muhammad Rakawi Yusuf pada tahun 1932 yang memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Sarawak pada awal abad ke-20 yang masih dijajah oleh Brooke. Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis pertembungan budaya yang terdapat dalam novel Melati Sarawak khususnya antara budaya tempatan dengan budaya barat. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pertembungan budaya dalam novel ini iaitu dari aspek permainan gendang Melayu, kepercayaan animisme, pengaruh bahasa Inggeris, pendidikan moden, dan gaya hidup masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Pengarang menggunakan novel ini sebagai medium untuk menyuarakan kritikan terhadap budaya suka berhibur serta kelemahan masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang pendidikan. Novel ini penting sebagai penanda aras kepada status dan kedudukan masyarakat Melayu Sarawak pada era pasca Malaysia.Keywords
This publication has 4 references indexed in Scilit:
- Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: Analisis teksdealismePendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2019
- Impact of Cultural Clash on Isabel's Marriage2017
- The Elements of Library Research2008
- The novel as a guide to Indonesian social historyBijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia, 1959