Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Dilah Tuah has a total of 11 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    Pertembungan Budaya dalam Novel Melati Sarawak: Satu Analisis

    by Dilah Tuah

    Melati Sarawak merupakan novel Melayu Sarawak kedua tertua, selepas Hikayat Panglima Nikosa yang terbit pada tahun 1876 di Kuching. Novel ini ditulis oleh Muhammad Rakawi Yusuf pada tahun 1932 yang memaparkan kehidupan masyarakat Melayu Sarawak pada awal abad ke-20 yang masih dijajah oleh Brooke. Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis pertembungan budaya yang terdapat dalam novel Melati Sarawak khususnya antara budaya tempatan dengan budaya barat. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya pertembungan budaya dalam novel ini iaitu dari aspek permainan gendang Melayu, kepercayaan animisme, pengaruh bahasa Inggeris, pendidikan moden, dan gaya hidup masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Pengarang menggunakan novel ini sebagai medium untuk menyuarakan kritikan terhadap budaya suka berhibur serta kelemahan masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang pendidikan. Novel ini penting sebagai penanda aras kepada status dan kedudukan masyarakat Melayu Sarawak pada era pasca Malaysia.

  • Open Access

    Pola Komunikasi Rentas Sempadan di Telok Melano-Temajuk, Borneo Barat: Satu Analisis Teori Akomodasi Komunikasi

    by Dilah bin Tuah, Chong Shin

    Pola Komunikasi Rentas Sempadan di Telok Melano-Temajuk, Borneo Barat: Satu Analisis Teori Akomodasi Komunikasi

  • Open Access

    JANTUH BEBASA MASYARAKAT MELAYU DI PEDALAMAN KAPUAS HULU, KALIMANTAN BARAT

    by Yusriadi Yusriadi, Shin Chong, Dilah Tuah

    Masyarakat Melayu di Riam Panjang adalah sebuah komuniti Melayu di hulu Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Indonesia. Makalah ini membincangkan salah satu aspek sosiolinguistik masyarakat “pedalaman jauh”, iaitu Jantuh Bebasa atau kesantunan berbahasa. Jantuh Bebasa di Riam Panjang diungkapkan melalui penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal. Ungkapan melalui bahasa verbal melibatkan pemilihan kata yang menunjukkan tahap kesopanan, manakala bebasa melalui bahasa bukan verbal pula terkait dengan sikap, lakuan gaya atau budi pekerti seseorang dalam interaksi sosial. Dari segi skop, Jantuh Bebasa masyarakat Riam Panjang dihuraikan dari segi pemilihan sesuatu sistem kata panggilan berdasarkan status sosial dan strata institusi kekeluargaan. Keupayaan mereka memanipulasi kata tertentu menjadi kata ganda yang mencerminkan kehalusan dan kesantunan berbicara juga dibincangkan (iaitu Jantuh Ingka’). Kajian yang dilaksanakan melalui kaedah wawancara dan pengalaman ini mendapati bahawa konsep Jantuh Bebasa di Riam Panjang berkait erat dengan aspek etnografi dan kepercayaan masyarakat. Pelanggaran Jantuh Bebasa selain dikecam oleh masyarakat, turut dikaitkan dengan pantang larang, iaitu seseorang akan ditimpa musibah, iaitu busung. Tambahan lagi, masyarakat juga akan dihukum dengan hukum adat kesupan jika melanggar Jantuh Bebasa. Sehubungan itu, generasi tua di Riam Panjang amat menekankan pewarisan budaya bebahasa dalam kalangan genarasi muda, agar nilai budaya pekerti tinggi ini dapat dipertahankan.

  • Impak pembukaan jajaran Sematan-Telok Melano ke atas sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat di Telok Melano

    by Chong Shin, Universiti Kebangsaan Malaysia Institut Alam Dan Tamadun Melayu (Atma), Dilah Tuah, Yusriadi Yusriadi, Universiti Malaysia Sarawak Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Indonesia Institut Agama Islam Negeri (Iain) Pontianak

    Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan sebuah projek mega yang mula dilaksanakan pada tahun 2015, di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Jajaran lebuh raya ini bermula dari Tawau (Sabah) hingga ke Telok Melano (Sarawak). Kini jajaran untuk bahagian Sematan-Telok Melano telah pun dibuka pada Januari 2019. Makalah ini tertumpu pada menganalisis impak pembukaan jajaran tersebut kepada aspek sosiobudaya dan sosioekonomi penduduk di Telok Melano. Tinjauan pustaka mendapati bahawa Telok Melano asalnya merupakan sebuah enklaf terasing dan kajian-kajian lepas hanya melaporkan keadaan sosioekonomi dan masyarakat sebelum tahun 2019. Susulan pembukaan jajaran baharu ini, masyarakat tempatan mula berinteraksi secara aktif dengan luar dan sektor ekopelancongan semakin berkembang. Namun demikian, belum ada kajian ilmiah terkini yang menjurus pada perubahan-perubahan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan pemerhatian ikut serta untuk memperoleh data kualitatif. Seramai 20 orang responden telah diwawancarai untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Hasil kajian mendapati bahawa pembukaan jajaran ini telah mempertingkatkan infrastruktur asas terutamanya bekalan elektrik dan air, serta sekaligus membangunkan industri ekopelancongan di kawasan Telok Melano. Dalilnya dapat ditinjau pada kajian kes ke atas program perusahaan inap desa di kawasan ini. Sesungguhnya, perusahaan ini telah mengalami transformasi yang drastik dengan kemudahan asas ini. Dari segi impak ke atas sosiobudaya, kajian ini mendapati bahawa isu keterhakisan budaya adalah suatu fenomena yang berterusan dan telahpun berlaku sebelum adanya jajaran baharu ini. Namun demikian, selepas pembukaan jajaran ini, proses keterhakisan bertambah rancak dan cepat. Secara ringkas, kajian ini telah berjaya merungkai tahap awal perubahan sosioekonomi dan sosiobudaya masyarakat Telok Melano selepas jalan darat baharu ini siap dibina. Kata Kunci: Impak, jajaran Sematan-Telok Melano, Lebuh Raya Pan Borneo, sosiobudaya, sosioekonomi The Pan Borneo Highway project, which was implemented in 2015, is a mega development project under the 11th Malaysia Plan. The route of the highway stretches from Tawau (Sabah) to Telok Melano (Sarawak). In recent progress, the construction of the Pan Borneo Highway from Sematan to Telok Melano has achieved completion in January 2019. This paper focuses on the analysis of the impact of this new route on the villagers in Telok Melano in terms of sociocultural and socioeconomics. Based on previous studies, it is learnt that Telok Melano was an isolated area and all the studies concerning this area were done before the accomplishment of this project. After launching this new route, the locals began to interact actively with the outsiders and further enhanced eco-tourism in this area. Nevertheless, the impact of this change remains unstudied. The qualitative data for this research was collected by utilising the techniques of face-to-face interviews and participant observation. Altogether, 20 respondents were interviewed in the field. This study found that the opening of the Sematan-Telok Melano route has initially introduced basic infrastructure, especially electricity and water supply, as well as developed the eco-tourism industry in Telok Melano. This can be proved by the case study on the homestay programme in this area. In fact, this homestay programme operated in this area has undergone a drastic transformation with the equipment of basic infrastructure. In terms of the impact on sociocultural, this study revealed that cultural erosion is an ongoing phenomenon and has happened before the existence of this new route. Nevertheless, the opening of this route has accelerated the process of cultural erosion. In short, this study has successfully depicted the early stages of socioeconomic and sociocultural changes in Telok Melano after the construction of this new road system. Keywords: Impact, Sematan-Telok Melano route, Pan Borneo Highway, sociocultural, socioeconomic


  • Open Access

    An Initial Qualitative Exploration of Economic, Cultural, and Language Changes in Telok Melano, Sarawak, Malaysia

    by Chong Shin, Dilah Tuah, Yusriadi Yusriadi

    This research focuses on the present economic, cultural, and linguistic issues of Telok Melano, a hamlet in Sarawak that was formerly isolated from nearby communities. Telok Melano is changing dramatically as a result of the Pan Borneo Highway construction and the nature of cultural obsolescence in modern society. This qualitative study has been conducted through face-to-face structured and semi-structured interviews, as well as participant observation. This study found that the highway construction benefits the villagers. An economic overturn has begun among them, and basic infrastructure has also been greatly enhanced as a result of the project’s spin-off. Are these changes beneficial to their cultural practices? Ethnographic techniques are delivering a number of interesting results. For instance, the changes have solidified the local Malays’ religious beliefs. Although the locals have abandoned many traditional practices in order to comply with Islamic beliefs, they have preserved certain traditional etiquette. In terms of language, a generational gap emerged between three linguistic varieties spoken in this area. Their dominant mother tongue, the Kuching Malay dialect, is becoming more commonly spoken, particularly with outsiders. This study successfully presents the picture of economic and social changes in Telok Melano following the development of this new road system.