Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 Dan 2015 Negeri Kelantan: Analisis Pelaksanaan
Open Access
- 15 September 2022
- journal article
- research article
- Published by Universiti Sains Islam Malaysia in Journal of Fatwa Management and Research
- Vol. 27 (4) , 193-209
Abstract
Di Malaysia, usaha terawal untuk memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara total telah dirintis oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1993 menerusi satu rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Walaubagaimanapun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana berhadapan dengan kekangan perundangan. Kebanyakan kajian terdahulu berkaitan enakmen ini ditumpukan pada perbincangan kekangan perundangan. Di dalam kajian ini, perbincangan akan ditumpukan kepada penilaian semula model taqnin yang diperkenalkan oleh Negeri Kelantan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengkaji latar belakang dan proses taqnin enakmen ini seterusnya menganalisis kesesuaian model ini di dalam konteks perundangan Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah analisis dokumen dan temubual bersama Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dan Nasional. Dapatan kajian mendapati model yang dicadangkan ini terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam konteks perundangan Malaysia. Selain itu, kajian ini mencadangkan agar alternatif lain digunakan bagi memperkenalkan undang-undang jenayah Islam iaitu melalui proses harmonisasi undang-undang sedia ada iaitu melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.Keywords
This publication has 3 references indexed in Scilit:
- Islam, the monarchy and criminal law in Brunei: the Syariah Penal Code Order, 2013Griffith Law Review, 2016
- Problems in Contemporary Applications of Islamic Criminal Sanctions: The Penalty for Adultery in Relation to WomenBritish Journal of Middle Eastern Studies, 2001
- Punishment in Islamic Law: a Critique of The Hudud Bill of Kelantan, MalaysiaArab Law Quarterly, 1998