NANur Aina Abdulah

Nur Aina Abdulah

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Nur Aina Abdulah has a total of 5 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    Rasuah Pilihan Raya: Analisis Hukum Dan Fatwa Di Malaysia Dan Indonesia

    by Nur Aina Abdulah, Alfons Zakaria, Nur Al-Farhain Kamruzaman, Nurul Ain Hazram, Setiyawan Gunardi, Nik Nur Afiqah Nek Mustafa

    Rasuah merupakan perbuatan yang dilarang dan bersalahan dengan agama, akhlak dan undang-undang. Ia boleh berlaku dalam pelbagai cara dan peringkat, termasuklah dalam pilihan raya. Impak rasuah ini amatlah besar, bukan sahaja meruntuhkan akan sebuah masyarakat, malah negara keseluruhannya. Permasalahannya adalah isu-isu rasuah yang berlegar sekitar pilihan raya masih samar-samar belum dibincangkan secara terperinci dari persepektif Syariah. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan hukum dan fatwa di Malaysia dan Indonesia berkaitan rasuah termasuk isu-isu yang berlegar ketika pilihan raya. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan dan tembual pakar. Data kemudiannya dianalisis secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa hukum asal sesuatu pemberian adalah harus dalam Syariah. Walau bagaimanapun, dalam isu pilihan raya, sekiranya pemberian itu mempunyai niat dan tujuan di sebaliknya, seperti untuk memancing undi dan mengubah kecenderungan politik, maka, hukumnya adalah haram dan perlu ditinggalkan kerana ia tergolong dalam perbuatan rasuah.

  • Open Access

    Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 Dan 2015 Negeri Kelantan: Analisis Pelaksanaan

    by Nur Al-Farhain Kamaruzaman, Nu Aina Abdulah

    Di Malaysia, usaha terawal untuk memperkenalkan undang-undang jenayah Islam secara total telah dirintis oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1993 menerusi satu rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Walaubagaimanapun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana berhadapan dengan kekangan perundangan. Kebanyakan kajian terdahulu berkaitan enakmen ini ditumpukan pada perbincangan kekangan perundangan.  Di dalam kajian ini, perbincangan akan ditumpukan kepada penilaian semula model taqnin yang diperkenalkan oleh Negeri Kelantan. Justeru, objektif kajian ini adalah mengkaji latar belakang dan proses taqnin enakmen ini seterusnya menganalisis kesesuaian model ini di dalam konteks perundangan Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah analisis dokumen dan temubual bersama Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan dan Nasional. Dapatan kajian mendapati model yang dicadangkan ini terlalu sukar untuk dilaksanakan dalam konteks perundangan Malaysia. Selain itu, kajian ini mencadangkan agar alternatif lain digunakan bagi memperkenalkan undang-undang jenayah Islam iaitu melalui proses harmonisasi undang-undang sedia ada iaitu melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.

  • Open Access

    Kekeliruan Antara Jenayah Zina Dan Rogol Statutori Di Malaysia: Keperluan Kepada Penjelasan Fatwa

    by Nur Aina Abdulah

    Zina adalah jenayah berat di dalam Islam, begitu juga dengan rogol.  Kedua-duanya adalah persetubuhan haram di luar perkahwinan, tetapi dibezakan oleh cara ia dilakukan. Permasalahnya adalah kekeliruan yang terjadi berikutan undang-undang rogol statutori di Malaysia yang mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bersama seorang perempuan yang berumur di bawah 16 tahun sama ada dengan kerelaannya atau tidak. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisa isu-isu yang menjadi kekeliruan antara jenayah zina dan rogol statutori ini. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk memberi cadangan kepada pihak berautoriti agama untuk memberi penjelasan hukum melalui fatwa dalam isu ini. Metodologi kajian kualitatif digunakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga perkara yang menjadi kekeliruan; iaitu elemen kerelaan, umur perempuan dan hukuman yang dikenakan.