Output Pengujian Modul Minda Keusahawanan: Kajian Ke Atas 9 Peserta Gelandangan Bekas Banduan di Jalan Chow Kit
Open Access
- 31 December 2022
- journal article
- Published by Secholian Publication in Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
- Vol. 7 (12) , e001973
Abstract
Modul Minda Keusahawanan yang telah dibina melibatkan sembilan modul yang telah disampaikan kepada gelandangan bekas banduan. Tujuan pembinaan modul keusahawanan ini adalah bagi memperkenalkan bidang keusahawanan kepada gelandangan bekas banduan agar dapat dijadikan sebagai salah satu bidang untuk diceburi. Seramai sembilan orang peserta yang terdiri daripada gelandangan bekas banduan dan tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang stabil telah dikenal pasti menggunakan kaedah teknik persampelan bertujuan dan bola salji. Modul ini telah dijalankan di Pusat Komuniti Pembelajaran Chow Kit, Kuala Lumpur selama tiga hari. Objektif utama bengkel adalah untuk meneroka penerimaan dan kefahaman peserta terhadap modul. Di samping itu, kajian ini turut menyelami pandangan para peserta tentang cabaran yang dihadapi untuk menceburi bidang keusahawanan. Hasil kajian mendapati penerimaan dan kefahaman yang sangat positif terhadap modul ini. Namun demikian, wujud cabaran yang perlu ditempuhi oleh gelandangan bekas banduan yang berminat menceburi dunia keusahawanan. Hasil terakhir kajian ini telah membawa kepada pembinaan model output pengujian dan penilaian Modul Minda Keusahawanan khusus untuk gelandangan bekas banduan. Model output ini memberi gambaran yang menyeluruh tentang input, proses dan output keseluruhan kajian ini. Kajian ini signifikan dalam membentuk minat dan kefahaman dalam kalangan gelandangan bekas banduan untuk berusaha menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dalam menjadi insan produktif sekaligus membantu ekonomi mereka dan negara.Keywords
This publication has 15 references indexed in Scilit:
- Academic supports, motivation to learn, motivation to transfer and transfer of training: a comparative analysis of public and private universitiesEuropean Journal of Training and Development, 2022
- The State of Transfer of Training Research: Moving Toward More Consumer-Centric InquiryHuman Resource Development Quarterly, 2017
- Linking Training to Organizational Performance: An Absorptive Capacity-Based View. Case Study Method in Spanish Family BusinessesJournal of Promotion Management, 2015
- Post-release Employment of Desisting InmatesThe British Journal of Criminology, 2015
- Reentry and the Ties that Bind: An Examination of Social Ties, Employment, and RecidivismJustice Quarterly, 2011
- Reflections of a Homeless Population's Lived Experience With Substance AbuseJournal of Community Health Nursing, 2011
- Achievement goals and achievement emotions: Testing a model of their joint relations with academic performance.Journal of Educational Psychology, 2009
- Desistance from Crime: A Theoretical Reformulation2004
- Pace, rhythm, and scope: process dependence in building a profitable multinational corporationStrategic Management Journal, 2002
- A review of transfer of training studies in the past decadePersonnel Review, 2001