MJMohd Alif Jasni

Mohd Alif Jasni

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article

Previous Organizations / Institutes

The organizations / institutes from the scholar's other articles in the past ten years


Mohd Alif Jasni has a total of 62 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:

  • Norruzeyati Che Mohd Nasir

    Univ Utara Malaysia, Sch Appl Psychol, Social Work & Policy, Kedah, Malaysia

    5 shared publications
  • Noralina Omar

    Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia

    4 shared publications
  • Noralina Omar

    Department of Social Administration & Justice, Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya

    4 shared publications
  • Siti Hajar Abu Bakar Ah

    Univ Malaya, Fac Arts & Social Sci, Dept Social Adm & Justice, Kuala Lumpur, Malaysia

    4 shared publications
  • Wan Munira Wan Jaafar

    Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Jalan Universiti 1 Serdang, 43400 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

    4 shared publications
  • Muna Maryam Azmy

    Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara, Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010, Kedah, Malaysia

    3 shared publications

Latest Publications

  • Open Access

    Artificial Intelligence for Strengthening Governance: Combating the Illicit Tobacco Trade in Malaysia

    by Kamalahasan Vijayan, Zalmizy bin Hussin, Mohd Alif bin Jasni

    The illicit tobacco trade (ITT) undermines public health policies and economic stability in many countries, including Malaysia. Countries such as Malaysia impose steep taxes and stringent regulations to limit smoking-related damage. Still, these efforts create underground trafficking networks. Artificial intelligence (AI) has shown practical potential in this battle by improving enforcement, tracing illegal supply chains and safeguarding national revenue. These technologies enable more effective disruption of illegal activities through AI-powered web crawlers, natural language processing and predictive analytics. AI-powered public reporting systems enhance real-time monitoring and enforcement strategies. This conceptual paper is based on a strategic literature review and policy analysis. Evidence from enforcement practices, such as AI-enabled customs scanning systems, highlights the practical applicability of these technologies. AI development must address data privacy, system integration and ethical issues, supported by federated learning, edge computing, zero data retention and secure in-country data infrastructure. A framework combining government policies, public-private partnerships, AI-enabled reporting systems and regional exchanges can stimulate AI’s contribution to enforcement. Supported by innovation and ethical governance, AI can strengthen Malaysia’s efforts to combat the ITT while supporting sustainable governance, economic stability and public health. This study synthesises existing evidence and proposes a context-specific AI-driven enforcement framework for Malaysia.

  • PENGALAMAN HIDUP DAN CABARAN BEKAS BANDUAN DI LUAR PENJARA: KAJIAN KES KE ATAS BEKAS BANDUAN DI JALAN CHOW KIT

    by Mohd Alif Jasni, Nor Azimah Abdul Hamid, Sangari Suganthra, Mohd Saiful Osman, Nursuhaidah Shuib, Philip Pangkat, Parimala Muthu

    Kehidupan selepas pembebasan dari penjara sering kali menjadi fasa yang paling mencabar bagi bekas banduan, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai sokongan keluarga, peluang pekerjaan atau jaringan sosial yang kukuh. Ketidakmampuan menyesuaikan diri dengan tuntutan hidup di luar tembok penjara menyebabkan ramai dalam kalangan mereka akhirnya hidup di jalanan dan terperangkap dalam kitaran sosial yang tidak stabil. Kajian ini dijalankan bagi memahami pengalaman hidup serta cabaran yang dihadapi oleh bekas banduan yang mengalami pengulangan kesalahan, khususnya mereka yang berada di sekitar kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Menggunakan pendekatan kualitatif, seramai tiga orang bekas banduan ditemu bual secara mendalam. Pemilihan informan dibuat melalui teknik persampelan purposif berdasarkan kriteria tertentu, iaitu berstatus bekas banduan, mempunyai rekod jenayah berulang, warganegara Malaysia, dan tidak mengalami sebarang penyakit mental yang menghalang proses temu bual. Dapatan kajian ini mendedahkan tiga tema utama yang mempengaruhi kelangsungan hidup mereka selepas pembebasan. Tema pertama berkaitan hubungan kekeluargaan yang sering renggang dan dipenuhi rasa rindu, namun dalam masa yang sama menjadi sumber motivasi untuk berubah. Tema kedua menyentuh isu ketagihan dadah dan kitaran jenayah yang saling memperkukuh antara satu sama lain, menjadikan proses pemulihan lebih sukar. Tema ketiga pula merangkumi halangan integrasi semula ke dalam masyarakat, khususnya dari segi kesukaran mendapatkan pekerjaan akibat rekod jenayah serta stigma masyarakat terhadap bekas banduan. Kesemua faktor ini menunjukkan bahawa pembebasan dari penjara bukan jaminan kepada kehidupan yang lebih baik sekiranya tiada sokongan yang holistik. Oleh itu, hanya melalui gabungan strategi pencegahan, intervensi sosial, pemerkasaan ekonomi dan program pemulihan berterusan, kadar jenayah berulang dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

  • KEMISKINAN FEMINISME GELANDANGAN BEKAS BANDUAN MENERUSI LENSA SUKARELAWAN DI JALAN CHOW KIT

    by Mohd Alif Jasni, Sabri Sulaiman, Mohd Norbayusri Baharudin, Muhammad Dhamir Audi Azizul

    Kajian ini meneliti fenomena kemiskinan feminisme dalam kalangan gelandangan wanita bekas banduan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur, menerusi lensa sukarelawan yang aktif membantu komuniti tersebut. Fenomena ini mencerminkan bentuk kemiskinan berasaskan gender yang kompleks, di mana faktor seperti jantina, status sosial, rekod jenayah, dan stigma masyarakat saling berinteraksi membentuk kitaran kemiskinan dan pengasingan sosial. Menggunakan reka bentuk kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual mendalam dengan enam orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dengan komuniti gelandangan. Analisis data dijalankan menggunakan kaedah analisis tematik, berpaksikan teori Intersectionality dan Feminist Standpoint Theory bagi meneliti bagaimana identiti berganda mempengaruhi pengalaman gelandangan residivis wanita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemiskinan feminisme dalam kalangan gelandangan residivis wanita tidak hanya berpunca daripada kekurangan ekonomi, tetapi turut dipacu oleh diskriminasi berasaskan gender, stigma terhadap rekod jenayah, dan ketiadaan sistem sokongan sosial. Penemuan ini sejajar dengan dapatan antarabangsa yang menunjukkan bahawa gelandangan residivis wanita berdepan marginalisasi berlapis, termasuk sekatan terhadap pekerjaan formal, diskriminasi dalam akses kesihatan, dan eksploitasi ekonomi. Sukarelawan mendapati bahawa gelandangan residivis wanita sering menghadapi halangan dalam mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal tetap, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan. Pengalaman gelandangan residivis wanita di Chow Kit memperlihatkan bagaimana tekanan ekonomi, penolakan keluarga, dan stereotaip gender memperkukuh struktur patriarki yang menindas. Justeru, kajian ini menegaskan keperluan kepada dasar sosial dan intervensi awam yang lebih berkeadilan gender, inklusif, serta berpaksikan hak asasi manusia bagi membantu proses pemberdayaan, pemulihan dan integrasi semula gelandangan residivis wanita dalam masyarakat bandar Malaysia.

  • Open Access

    Antecedent factors and primary intervention of risk behaviour among street connected children in Kuala Lumpur Malaysia

    by Sabri Sulaiman, Hasan Reza, Siti Hajar Abu Bakar Ah, Haris Abd Wahab, Mohd Alif Jasni, Mohd Norbayusri Baharudin, Mohamad Hafis Amat Simin

  • Open Access

    MEMPERKUKUH MINAT KESUKARELAWANAN MELALUI MODUL PEMERKASAAN: KAJIAN KES KUASI-EKSPERIMEN DI SEKOLAH-SEKOLAH KUBANG PASU

    by Mohd Alif Jasni, Fatimah Zailly, Ahmad Ramli, Teoh Hua, Nurhazlina Ariffin, Norzaliza Alis, Sharima Abbas

    MEMPERKUKUH MINAT KESUKARELAWANAN MELALUI MODUL PEMERKASAAN: KAJIAN KES KUASI-EKSPERIMEN DI SEKOLAH-SEKOLAH KUBANG PASU

  • Open Access

    Tahap Kesejahteraan Hidup Penentu Risiko Gelandangan dalam Kalangan Gelandangan Bekas Banduan: Kajian Empirikal di Jalan Chow Kit

    by Mohd Alif Jasni, Zakiyah Jamaluddin, Nor A'Tikah Mat Ali, Muna Maryam Azmy, Nor Suzylah Sohaimi, Sofi Mohd Fikri

    Isu kesejahteraan hidup golongan bekas banduan perlu diberikan perhatian supaya golongan ini dapat meneruskan hidup dengan lebih produktif dan mengurangkan risiko gelandangan dalam kalangan mereka. Terdapat dua dimensi utama kesejahteraan hidup iaitu kesejahteraan material dan kesejahteraan hidup subjektif yang jarang diberikan perhatian. Kajian ini memberikan tumpuan kepada tahap kesejahteraan hidup material, kesejahteraan hidup subjektif dan tahap risiko gelandangan dalam kalangan bekas banduan. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui soal selidik melibatkan 142 orang responden di Jalan Chow Kit. Sampel kajian terdiri daripada individu yang mempunyai sejarah pemenjaraan yang kini hidup secara bergelandangan di sekitar Jalan Chow Kit. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan material, tahap kesejahteraan subjektif dan risiko gelandangan bekas banduan adalah sederhana. Dapatan menunjukkan nilai minimum skor purata bagi kesejahteraan material adalah 2.37, kesejahteraan subjektif 2.58 dan risiko gelandangan 2.56. Nilai purata terendah bagi kesejahteraan material mencerminkan kesan langsung ketiadaan pekerjaan dan ketidakmampuan untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan dan perumahan. Kesejahteraan subjektif yang mencatat nilai purata skor minimum sebanyak 2.58 menggambarkan tahap kepuasan hidup yang sederhana dalam kalangan responden. Walaupun mereka menghadapi tekanan hidup, amalan kerohanian dengan nilai item tertinggi 2.99 menunjukkan bahawa aspek keagamaan memberi impak positif kepada kesejahteraan subjektif. Penemuan ini mencadangkan bahawa risiko gelandangan dalam kalangan individu yang pernah dipenjarakan mungkin dipengaruhi oleh interaksi kompleks pelbagai faktor selain daripada kesejahteraan material dan subjektif. Faktor sosial dan struktur seperti akses kepada rumah mampu milik, peluang pekerjaan, rangkaian sokongan sosial dan program integrasi semula boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko gelandangan selepas dibebaskan.

  • Open Access

    Sustainable Affordable Housing: Global Trends, Policy Gaps, and Game Changing Practice

    by Nor Suzylah Sohaimi, Marfunizah Ma’dAn, Mohd Alif Jasni, Nor Rabiatul Adawiyah Nor Azam, Diana Snm Nasir, Muhamad Syukri Sohaimi

    The global housing crisis is increasingly compounded by the need for sustainability, yet balancing affordability with environmental responsibility remains a significant challenge. Many affordable housing projects fail to integrate sustainable practices due to cost concerns, leading to long-term inefficiencies and negative environmental impacts. This study aims to explore trends, efficiency, and policy gaps in sustainable affordable housing through a comprehensive analysis of global practices. The objectives are threefold: (1) to identify key trends in sustainable affordable housing policy, (2) to evaluate the efficiency of current practices, and (3) to identify policy gaps and highlight best practices for future development. Utilizing a mixed-methods approach, this study employs bibliometric analysis to map influential research, a systematic literature review (SLR) to critically assess the existing body of knowledge, and document analysis to evaluate policy frameworks and real-world implementations. Finding reveals three critical themes in the field namely energy and construction cost efficiency, financial accessibility, and sustainable house design. Innovative approaches such as modular construction, smart energy management system, and the integration of renewable energy technologies are improving sustainable affordable housing. This study also finds the significant gaps particularly in policy integration, financial mechanisms, and scalability. Recommendations for future development include stronger green building regulations, targeted financial incentives for sustainable materials, and community-centered approaches to ensure long term affordability and inclusivity.


  • Exploring Coping Strategies of Homeless Former Prisoners in Chow Kit Road, Kuala Lumpur

    by Mohd Alif Jasni, Kuala Lumpur Ar-Riqab Welfare Organisation, Sabri Sulaiman, Muna Maryam Azmy, Nor Suzylah Sohaimi

    Subsisting on the streets requires homeless former prisoners to execute coping strategies, which were suggested in three major categories, namely, problemsolving-focused, emotion-focused, and avoidance. A lack of understanding exists regarding the coping strategies that homeless former prisoners utilise in navigating extremely challenging life conditions on the streets. Three strategies were selected and scrutinised in the current study to explore the key coping mechanism frequently employed by homeless former prisoners in tackling subsistence problems or challenges on the streets. A qualitative approach was administered by interviewing 30 homeless former prisoners to identify personal preferences for coping strategies. The findings revealed that the coping mechanisms were regularly employed simultaneously depending on the circumstances. Particularly, a higher tendency was demonstrated in applying avoidance coping operations, including drug abuse, solitude, pleasure-seeking activities, and worship, amongst homeless former prisoners. Nevertheless, homeless former prisoners also applied problem-solving focused coping strategies by searching for potential methods of higher income generation to improve their survival prospects. Summarily, formerly incarcerated individuals implemented coping strategies either collectively or interchangeably, subject to their current situations with varying suitabilities when subsisting on the streets. The implementation of these enhancements, along with greater integration of collective coping, will contribute to the advancement of significant intervention research. Research into coping strategies among homeless former prisoners can shed light on how these individuals adapt to life outside the prison system, how they develop survival skills, and how these skills may influence their behaviour and attitudes after release. Studying coping mechanisms post-release can offer insights into the challenges these individuals face when transitioning back into society


  • Open Access

    Memahami Konsep-Konsep Pembangunan Gender: Sebuah Kertas Konsep

    by Mohd Alif Jasni, Wan Munira Wan Jaafar, Zumilah Zainalaludin

    Pembangunan gender merujuk kepada proses di mana individu memperoleh pemahaman tentang identiti gender mereka sendiri dan norma dan peranan masyarakat yang dikaitkan dengan gender yang berbeza. Ia merupakan suatu bentuk interaksi kompleks di antara faktor biologi, psikologi dan sosiobudaya. "Pembangunan gender" sebagai konsep yang merujuk kepada proses di mana individu memahami, menghayati dan menyatakan identiti gender mereka. Ia merangkumi aspek kognitif, emosi dan sosial tentang cara orang melihat diri mereka dari segi gender mereka dan cara mereka berhubung dengan norma dan peranan gender yang ditetapkan oleh masyarakat mereka. Keperluan dalam merekodkan kesemua konsep-konsep pembangunan gender dalam membolehkan pemahaman yang lebih mendalam. Kepelbagaian konsep pembangunan gender yang wujud memerlukan penulisan sebuah kertas konsep dalam merekodkan kesemua konsep yang wujud secara bersama. Penulisan ini merupakan sebuah kertas konsep yang akan menyenaraikan konsep-konsep pembangunan gender yang wujud menerusi gabungan pelbagai kajian luar dan tempatan. Kertas konsep sebegini dapat menyumbang kepada ilmu pengetahuan terutama dalam menjadi panduan kepada pelajar, para akademik, pembuat polisi, untuk mengetahui tentang konsep-konsep pembangunan gender yang wujud.


  • Open Access

    Pembangunan Identiti Seksual dan Gender Serta Teori Pembangunan Gender

    by Mohd Alif Jasni, Wan Munira Wan Jaafar, Zumilah Zainalaludin

    Identiti seksual dan identiti gender adalah dua aspek yang berbeza tetapi saling berkaitan dalam rasa diri seseorang. Kedua-duanya menyumbang kepada pemahaman individu tentang siapa mereka dari segi gender mereka sendiri dan tarikan mereka kepada orang lain. Identiti gender merujuk kepada perasaan dalaman individu tentang gender mereka diri sendiri. Ini adalah cara seseorang melihat diri mereka sendiri dan cara mereka mengenal pasti dari segi lelaki, perempuan, kedua-duanya, tidak, atau sesuatu yang lain sepenuhnya. Identiti gender melangkaui jantina biologi (yang berdasarkan ciri fizikal) dan merangkumi pemahaman yang mendalam dan peribadi tentang jantina sendiri. Berbeza pula dengan identiti seksual, yang juga dikenali sebagai orientasi seksual, merujuk kepada tarikan emosi, romantik dan seksual individu kepada orang lain. Ia mengenai siapa seseorang itu tertarik dan boleh melibatkan aspek seperti hubungan emosi, tarikan fizikal dan sifat perhubungan romantis. Kertas konsep ini bertujuan dalam membincangkan tentang pembentukan identiti seksual dan gender berdasarkan laporan kajian-kajian luar dan tempatan. Kertas konsep ini turut melaporkan teori pembangunan gender. Perbincangan sebegini membolehkan pemahaman yang lebih mendalam dan dapat menyumbang kepada pengetahuan terutama dalam bidang pembangunan gender. Sumbangan kertas konsep dalam menjadi rujukan kepada para pelajar, ahli akademik, pembuat polisi dalam memahami tentang identiti seksual dan identiti gender ini.