PENGALAMAN HIDUP DAN CABARAN BEKAS BANDUAN DI LUAR PENJARA: KAJIAN KES KE ATAS BEKAS BANDUAN DI JALAN CHOW KIT
- 26 December 2025
- journal article
- Published by Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd in International Journal of Law, Government and Communication
- Vol. 10 (42) , 272
Abstract
Kehidupan selepas pembebasan dari penjara sering kali menjadi fasa yang paling mencabar bagi bekas banduan, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai sokongan keluarga, peluang pekerjaan atau jaringan sosial yang kukuh. Ketidakmampuan menyesuaikan diri dengan tuntutan hidup di luar tembok penjara menyebabkan ramai dalam kalangan mereka akhirnya hidup di jalanan dan terperangkap dalam kitaran sosial yang tidak stabil. Kajian ini dijalankan bagi memahami pengalaman hidup serta cabaran yang dihadapi oleh bekas banduan yang mengalami pengulangan kesalahan, khususnya mereka yang berada di sekitar kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Menggunakan pendekatan kualitatif, seramai tiga orang bekas banduan ditemu bual secara mendalam. Pemilihan informan dibuat melalui teknik persampelan purposif berdasarkan kriteria tertentu, iaitu berstatus bekas banduan, mempunyai rekod jenayah berulang, warganegara Malaysia, dan tidak mengalami sebarang penyakit mental yang menghalang proses temu bual. Dapatan kajian ini mendedahkan tiga tema utama yang mempengaruhi kelangsungan hidup mereka selepas pembebasan. Tema pertama berkaitan hubungan kekeluargaan yang sering renggang dan dipenuhi rasa rindu, namun dalam masa yang sama menjadi sumber motivasi untuk berubah. Tema kedua menyentuh isu ketagihan dadah dan kitaran jenayah yang saling memperkukuh antara satu sama lain, menjadikan proses pemulihan lebih sukar. Tema ketiga pula merangkumi halangan integrasi semula ke dalam masyarakat, khususnya dari segi kesukaran mendapatkan pekerjaan akibat rekod jenayah serta stigma masyarakat terhadap bekas banduan. Kesemua faktor ini menunjukkan bahawa pembebasan dari penjara bukan jaminan kepada kehidupan yang lebih baik sekiranya tiada sokongan yang holistik. Oleh itu, hanya melalui gabungan strategi pencegahan, intervensi sosial, pemerkasaan ekonomi dan program pemulihan berterusan, kadar jenayah berulang dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.Keywords
This publication has 38 references indexed in Scilit:
- Negotiating challenges faced by homicide offenders upon their release from prison: a thematic analysisJournal of Offender Rehabilitation, 2024
- Criminal recidivism rates globally: A 6-year systematic review updateJournal of Criminal Justice, 2023
- The Importance of Living Arrangements for Criminal Persistence and Desistance: A Novel Test of Exposure to Convicted Family MembersJournal of Developmental and Life-Course Criminology, 2022
- Predictors of recidivism following release from custody: a meta-analysisPsychology, Crime & Law, 2021
- Community Reintegration of Repeat Female Offenders in County JailsWomen & Criminal Justice, 2021
- Does in-prison physical and mental health impact recidivism?SSM - Population Health, 2020
- The revolving prison door: Factors associated with repeat incarcerations in SpainJournal of Forensic and Legal Medicine, 2020
- Adult Recidivism in United States: A Meta-Analysis 1994–2015Journal of Child and Family Studies, 2017
- The Effect of Stigma on Criminal Offenders’ Functioning: A Longitudinal Mediational ModelDeviant Behavior, 2015
- Sex-specific predictors of criminal recidivism in a representative sample of incarcerated youthComprehensive Psychiatry, 2008