Kefahaman Masyarakat Terhadap Kewujudan Akronim Baharu Semasa COVID-19
Open Access
- 29 January 2021
- journal article
- Published by Universiti Pendidikan Sultan Idris in Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature
- Vol. 12 (Special) , 81-90
Abstract
Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.Keywords
This publication has 7 references indexed in Scilit:
- Tahap Pemahaman Pelajar terhadap Istilah Baharu COVID-19: Kajian terhadap Universiti Awam di MalaysiaPendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2021
- Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian KesPendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2021
- Daya Ujaran dalam Wacana Perutusan Perdana Menteri Mengenai COVID-19Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2021
- An Experimental Approach by Using WhatsApp for Teaching and Learning of Bahasa Malaysia to International Students at Engineering Campus, Universiti Sains Malaysia (USM) Due to Pandemic of COVID-19Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2021
- Impak Pandemik COVID-19 terhadap Bidang Bahasa, Sastera dan Budaya di MalaysiaPendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 2021
- Covid-19 dalam Korpus Peristilahan Bahasa Melayu: Analisis Sosioterminologi (Covid-19 in the Corpus Of Malay Terminology: A Socio-terminological Analysis)GEMA Online® Journal of Language Studies, 2020
- Covid-19 Insights and Linguistic Methods3l the Southeast Asian Journal of English Language Studies, 2020