MDMuhammad Zaid Daud

Muhammad Zaid Daud

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Muhammad Zaid Daud has a total of 22 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:

  • Al Amin Mohamed Sultan

    Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan pasti pandangan mahasiswa UTeM dalam menggunakan ChatGPT sebagai alat untuk Tugasan berbahasa Melayu Universiti Teknikal Malaysia Melaka Universiti Teknikal Malaysia Melaka Mahasiswa UTeM

    2 shared publications
  • Erwan Ismail

    Perspektif Pusat Pembelajaran Bahasa Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka

    2 shared publications
  • Mary Fatimah Subet

    Universiti Malaysia Sarawak

    2 shared publications
  • Nur Farain Ali

    Perspektif Pusat Pembelajaran Bahasa Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka

    2 shared publications
  • Shahrulanuar Mohamed

    Perspektif Pusat Pembelajaran Bahasa Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka

    2 shared publications
  • Amir Haziq Nordin

    Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Malaysia

    1 shared publication

Latest Publications

  • Open Access

    Perspektif Mahasiswa Universiti Teknikal di Malaysia Terhadap Kecerdasan Buatan (AI) Sebagai Pemudah Cara Menyiapkan Tugasan Berbahasa Melayu

    by Muhammad Zaid Daud, Erwan Ismail, Muhammad Syazmi Mohd Azli, Mohamad Khairul Al-Rais Omar, Muhammad Irham Asyraf Muhammad Jilli Asyraf, Nurul Mawaddah Mahmod, Wan Amirul Izharudin Shaiful Anuar, Shahrulanuar Mohamed, Nur Farain Ali, Al Amin Mohamed Sultan

    Students' perspectives on artificial intelligence (AI) tools like ChatGPT may vary. Some students view it as a highly useful tool for assisting with completing assignments in Malay, while others may take a more skeptical or cautious approach toward using this technology. Therefore, the objectives of this study are (i) to identify the perspectives of Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) students on ChatGPT as a tool to facilitate assignments in Malay, (ii) to analyze the impact of ChatGPT usage on UTeM students in simplifying Malay-language assignments, and (iii) to formulate recommendations or steps for UTeM students in using ChatGPT as a tool to assist with Malay-language assignments. This study adopts a quantitative approach with a cross-sectional survey design and a questionnaire using a Likert scale from 1 to 5, along with "yes" or "no" response options. The population and sample consist of students, with 330 respondents randomly selected. Data were collected online via Google Forms and analyzed using descriptive statistics. The findings show that 93.9% of students agreed that ChatGPT helps in completing assignments, 54.5% agreed that ChatGPT is suitable for all types of assignments, 72.7% of respondents agreed that ChatGPT helps in checking spelling and grammar, and 75.8% agreed that ChatGPT provides interesting ideas. Regarding the second objective, 42.4% of students strongly agreed that ChatGPT speeds up research and writing, 30.3% strongly agreed that ChatGPT helps develop writing and critical thinking skills, 30.3% strongly agreed that ChatGPT provides accurate and relevant answers, and 39.4% strongly agreed that ChatGPT is a good reference source for completing assignments. Additionally, 45.5% of students strongly agreed that ChatGPT is a useful tool for completing Malay-language assignments. In conclusion, this study provides recommendations and steps for UTeM students in using ChatGPT as a tool to facilitate the completion of Malay-language assignments. Several alternative AI tools, such as Bing AI (48.5%), Perplexity AI (9.1%), Bard AI (33.33%), and Copy AI (9.1%), are also discussed. While ChatGPT can enhance writing skills for Malay-language assignments, monitoring its use is crucial to maintain academic integrity. Therefore, lecturers should provide clear guidelines for using ChatGPT and implement plagiarism detection to prevent misuse. With proper monitoring and guidelines, UTeM students can efficiently use ChatGPT to complete their assignments. Abstrak: Pandangan mahasiswa terhadap kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT mungkin berbeza-beza. Beberapa mahasiswa mungkin melihatnya sebagai alat yang amat berguna untuk memudahkan mereka menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu, sementara yang lain mungkin mengambil pendekatan yang lebih skeptikal atau berhati-hati terhadap penggunaan teknologi ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah (i) untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terhadap ChatGPT sebagai alat untuk memudahkan tugasan dalam bahasa Melayu, (ii) menganalisis impak penggunaan ChatGPT terhadap mahasiswa UTeM dalam memudahkan tugasan berbahasa Melayu, dan (iii) merumuskan cadangan/langkah bagi mahasiswa UTeM dalam menggunakan ChatGPT sebagai alat untuk memudahkan tugasan berbahasa Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5, serta pilihan jawapan 'ya' atau 'tidak'. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa UTeM, dengan responden dipilih secara rawak, melibatkan jumlah keseluruhan 330 pelajar. Data dikumpulkan secara atas talian melalui platform Google Forms dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa 93.9% pelajar bersetuju bahawa ChatGPT membantu dalam penyiapan tugasan, 54.5% bersetuju bahawa ChatGPT sesuai untuk semua jenis tugasan, 72.7% responden bersetuju bahawa ChatGPT membantu dalam menyemak ejaan dan tatabahasa, dan 75.8% responden bersetuju bahawa ChatGPT memberikan idea yang menarik. Mengenai objektif kedua, 42.4% mahasiswa sangat bersetuju bahawa ChatGPT mempercepatkan penyelidikan dan penulisan tugasan, 30.3% sangat bersetuju bahawa ChatGPT membantu dalam membangunkan kemahiran menulis dan berfikir kritis, 30.3% sangat bersetuju bahawa ChatGPT memberikan jawapan yang tepat dan relevan, dan 39.4% sangat bersetuju bahawa ChatGPT adalah sumber rujukan yang baik dalam menyiapkan tugasan. Selain itu, 45.5% mahasiswa sangat bersetuju bahawa ChatGPT adalah alat yang berguna untuk menyiapkan tugasan berbahasa Melayu. Secara kesimpulannya, kajian ini menyediakan cadangan dan langkah untuk mahasiswa UTeM dalam menggunakan ChatGPT sebagai alat untuk memudahkan penyiapan tugasan berbahasa Melayu. Beberapa alternatif AI yang boleh digunakan sebagai pengganti ChatGPT, seperti Bing AI (48.5%), Perplexity AI (9.1%), Bard AI (33.33%) dan Copy AI (9.1%), turut dibincangkan. Walaupun penggunaan ChatGPT dapat meningkatkan kemahiran menulis dalam tugasan berbahasa Melayu, pemantauan terhadap penggunaannya adalah penting untuk mengekalkan integriti dalam penyiapan tugasan. Oleh itu, pensyarah seharusnya menyediakan garis panduan penting bagi penggunaan ChatGPT dan melaksanakan pengesan plagiarisme untuk mencegah penyalahgunaannya dalam penulisan tugasan berbahasa Melayu. Dengan itu, mahasiswa UTeM dapat menggunakan ChatGPT secara efisien untuk menyiapkan tugasan mereka.


  • Open Access

    Mahasiswa, Slanga, Pembentangan Kumpulan Berbahasa Melayu dan Pragmatik (Teori Relevans)

    by Muhammad Zaid Daud, Mohamad Fahkri Aiman Yasir, Aqil Danial Emran, Amir Haziq Nordin, Muhammad Zahirul Ikhwan Abdul Halim, Noor Hanisha Jasni, Erwan Ismail, Shahrulanuar Mohamed, Nur Farain Ali, Al Amin Mohamed Sultan, et al.

    Umur mahasiswa universiti teknikal di Malaysia rata-ratanya bermula dari 19 sehingga 24 tahun. Mahasiswa ini terdiri daripada pelajar yang mendaftar di peringkat pengajian diploma dan ijazah sarjana muda. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan mahasiswa universiti teknikal mengenai penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan berbahasa Melayu, menganalisis impak penggunaan slanga dalam pembentangan tersebut serta merumuskan cadangan dan langkah bagi mahasiswa universiti teknikal dalam menggunakan slanga dalam pembentangan tugasan kumpulan berbahasa Melayu. Perbincangan kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan pragmatik, iaitu Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Dari sudut metodologi, kajian ini berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan silang dan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert dari 1 hingga 5 dan pilihan jawapan “ya” atau “tidak”. Populasi dan sampel terdiri daripada mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan pilihan responden dipilih secara rawak, melibatkan jumlah keseluruhan 510 mahasiswa. Data dikumpul secara dalam talian melalui platform “Google Forms” dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa slanga sering digunakan oleh mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam pembentangan berbahasa Melayu. Mereka percaya penggunaan slanga boleh mempengaruhi pemahaman audiens serta memberi impak positif kepada gaya dan keberkesanan pembentangan. Responden juga menekankan bahawa, pensyarah perlu memberi perhatian serius terhadap penggunaan slanga dalam pembentangan kumpulan dalam bahasa Melayu. Kesimpulannya, menurut Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986), penggunaan slanga memudahkan komunikasi dengan mengurangkan usaha pemprosesan pendengar. Namun begitu, dalam konteks akademik, penggunaan bahasa formal tanpa slanga lebih relevan kerana mengurangkan risiko salah faham dan memastikan kejelasan maklumat.


  • Open Access

    Refleksi warna positif dan warna negatif dalam naratif Pak Kaduk: Analisis pragmatik

    by Muhammad Zaid Daud, Mary Fatimah Subet, Awang Azman Awang Pawi

    Pak Kaduk (PK) merupakan salah satu karakter dalam cerita rakyat yang sarat dengan unsur jenaka atau komedi. Cerita ini memiliki daya tarik yang tersendiri kerana dapat menghibur pendengar dan bahan ceritanya berakar pada kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Tujuan cerita jenaka adalah untuk memberikan hiburan, mengkritik anggota masyarakat, dan memberi pelajaran kepada pembaca. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis cerita jenaka Pak Kaduk dalam hal warna dan emosi. Dalam kajian ini, pengkaji akan menerapkan Teori Relevens oleh Sperber dan Wilson (1986; 1995). Kajian ini adalah kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan analisis dokumen sebagai metode penyelidikan. Data kajian diperoleh dari antologi Lukisan Zaman oleh Shari (1991) dan Himpunan 336 Cerita Rakyat Malaysia oleh Puteh dan Said (2008). Hasil kajian menunjukkan bahawa bunga tanjung dan warna sebagai representatif konsep [KEPELBAGAIAN]. Penguatan elemen [KEPELBAGAIAN] ini dapat dikaitkan dengan variasi warna bunga tanjung yang digunakan. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat makna implisit yang melibatkan emosi Pak Kaduk melalui warna-warna yang pelbagai. Berdasarkan implikasi ini, pembaca dapat memahami bahawa [BERBUNGA TAJUNG] yang digunakan dalam naratif ini adalah untuk menyoroti konsep [KEPELBAGAIAN]. Selain itu, konteks warna bunga seperti warna [PUTIH] dan [KUNING] representatif makna yang positif, sementara warna [MERAH] dan [HITAM] membawa representatif makna yang negatif. Kesimpulannya, kajian ini juga menyoroti kritikan terhadap sikap seseorang yang harus menyembunyikan emosinya sebagai akibat daripada kesalahan yang dilakukannya sendiri.


  • Open Access

    Gen Z and Language Dynamics: Lexical Choice of English among Malay Students at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Based on Pragmatic Analysis

    by Noorsaiyidah Suradi, Muhammad Zaid Daud

    This study examines the lexical choice of English by Malay Gen Z speakers at Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) in the domain of clothing, using pragmatic analysis based on Sperber and Wilson's (1985) Relevance Theory (RT). The study aims to understand why and how Malay Gen Z students choose between British English and American English, with the main issue being the generation's tendency towards American English that is influenced by Western entertainment culture. The study employs a qualitative approach with text analysis, using a lexical corpus from Algeo's (2006) "British or American English?: A Handbook of Word and Grammar Patterns." The data involves the selection of five types of clothing: jumper or sweater, trousers or pants, trainers or sneakers, waistcoat or vest, and nappy or diaper, involving 100 Malay Gen Z informants (50 males and 50 females) selected using purposive sampling. Findings indicate that Malay Gen Z speakers tend to prefer American English lexical items over British English in the context of clothing. For example, "sweater" was chosen by 74 informants compared to "jumper" chosen by 22 informants, while "pants" was chosen by 91 informants compared to "trousers" chosen by 3 informants. According to RT, this choice reflects lower cognitive effort and higher contextual relevance, with American media playing a significant role in shaping lexical preferences. In conclusion, understanding the dynamics of language and pragmatics among Malay Gen Z students is crucial for developing more relevant and effective English teaching strategies at the higher education level.


  • Open Access

    Kefahaman Masyarakat Terhadap Kewujudan Akronim Baharu Semasa COVID-19

    by Mary Fatimah Subet, Roslan Ali, Shahira Johan, Muhammad Zaid Daud, Salbia Hassan, Dayang Sariah Abang Suhai

    Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.