NZNorazimah Zakaria

Norazimah Zakaria

*This is an algorithmically generated author record based on publicly available information.

Current Organizations / Institutes

The organizations/institutes from the scholar's latest article


Norazimah Zakaria has a total of 6 co-authors. Here are the top co-authors by number of shared publications:


Latest Publications

  • Open Access

    Novel Taqdir Karya Rahman Haji Yusof : Antara Realiti, Jati Diri dan Imaginasi

    by Rasidah Omar @ Abdul Aziz, Norazimah Zakaria

    Novel sering kali menjadi medan pentafsiran rencaman kehidupan manusia yang mencerminkan pengalaman hidup, realiti masyarakat dan imaginasi pengarang. Kajian ini menyorot dan meneroka unsur realiti, imaginasi dan jati diri yang ditonjolkan oleh pengarang, Rahman Haji Yusof dalam novel terkininya yang berjudul Taqdir. Penelitian ini berdasarkan analisis kandungan sebagai instrumen kajian yang berbentuk kualitatif sepenuhnya dengan memanfaatkan Teori Pengkaedahan Melayu. Menerusi Pendekatan Moral, Pendekatan Firasat dan Pendekatan Kemasyarakatan membuktikan bahawa Rahman Haji Yusof berupaya meletakkan unsur realiti, imaginasi dan jati diri dalam novel Taqdir sebagai penggerak penceritaan sehingga tercetusnya konflik dan membentuk klimaks. Hasil penelitian mendapati unsur-unsur ini digambarkan oleh pengarang sebagai simbol kepada konsep dan idea yang lebih besar untuk menyampaikan pemikiran dalam novelnya. Impak daripada penelitian ini, memperlihatkan keupayaan Rahman Haji Yusof melunaskan permasalahan yang timbul bagi memastikan khalayak pembaca benar-benar dapat memahami dan menikmati hasil karyanya berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu dengan hasil kesusasteraan Melayu yang lebih mencabar dan lebih luas rangkumannya.

  • Open Access

    PEMBINAAN TEORI TEKSDEALISME DAN PENELITIAN TERHADAP KARYA PUISI KONKRIT

    by Mohd Saipuddin Suliman, Shahrun Nizal Mohd Nor, Nordiana AB Jabar, Norazimah Zakaria, Lim Ying Xuan, Afidatul Syazwani Afandi

    Makalah ini menekuni dimensi penciptaan teori teksdealisme menerusi aspek dasar pembangunan teori, rangka dasar teori serta pengakplikasian teori dalam karya sastera. Berikutnya, penelitian dibuat berdasarkan puisi konkrit Tri-V (verbal-vokal-visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). Kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif berdasarkan teknik analisis kandungan (content analysis). Kaedah ini dipilih berikutan bersesuaian dengan teknik pengumpulan dan analisis data bersandarkan kepada teks yang dikaji. Dapatan kajian mendapati teori teksdelisme berfungsi dalam mengidentifikasi karya dan penyair yang unggul. Didapati prinsip teori ini paralel dengan horizon kepenyairan AGI yang cuba keluar daripada belenggu konvensional dan mencipta inovasi baharu bagi mewarnai jagat sastera tanah air. Diharapkan makalah ini dapat menjadi rujukan kepada pengkaji lain, pengkritik dan para pelajar aliran sastera yang ingin memanfaatkan teori teksdealisme dan pada masa yang sama mencipta pembaharuan dan inovasi dalam penciptaan puisi. This paper explores the dimensions of textdealism theory creation through the basic aspects of theory development, a framework, and the application of theory in literary works. The research is based on Tri-V (verbal-vocal-visual) concrete poetry pioneered by Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). This study applies qualitative method based on content analysis techniques. This approach was chosen due to its compatibility with the data collection and analysis techniques based on the text being studied. According to the findings, the textdealism theory is effective in identifying excellent poetry and poets. It was found out that this theoretical principle parallels with the horizon of AGI's poetry, which attempts to break out of the shackles of conventional and create new innovation to add much beauty to the literary world of the homeland. It is hoped that this paper can be a reference for other researchers, critics and literary studies majors who wish to utilize the theory along with renewal and innovation in the creation of poetry.